Cuba dan cuba lagi hingga berjaya



Sebenarnya dah start lama dah ajar Rifqi potty training ni, tapi mama dia ni yang on off on off tak berapa nak kuat semangat dan kerajinan yang kurang nak membersih if Rifqi terbabas. Hmmm betul-betul ibu yang kurang berhati waja eik.

Sebelum ni memang time mandikan Rifqi dah start ajar dia buang air kecil kat tandas, tapi still jugak pakaikan pampers kat dia. La ni umur Rifqi dah 2 tahun 7 bulan, dan dia dah start tanggal sendiri seluar dan pampers dia tu, sememangnya tidak boleh tidak perlu dan wajib ajar dia tak bergantung dengan pampers lagi dah.

Sebelum ni cuma cuba sebelah pagi je dulu, after dia terbabas terus pakaikan dia pampers. Semalam untuk sesi sebelah pagi, berjaya buat Rifqi buang air kecil kat tandas, tapi ada la jugak sekali terbabas sebab terlupa nak tanya dia. Sesi sebelah petang pulak, time main-main kat luar rumah boleh pulak dia tak cakap nak ke tandas, habis basah seluar, nasib baik kat tanah, kalau kat dalam rumah ......hmmmm.

Tak pa cuba dan cuba lagi InsyaAllah cepat Rifqi pandai ke tandas nanti!


Ana : Kesabaran penting dalam nak mengajar anak ke tandas ni, if dia terbabas jangan la sekali-kali marah kan dia, tapi ingat kan diri sendiri untuk sentiasa alert dan pandai agak bila perlu bawa anak ke tandas.

11 comments:

  1. kena asuh dari awal......

    sooner is better.....dan jgn putus asa....kepada ibu dan ayah

    ReplyDelete
  2. Ahmad nanti taktau la camne kak..maklumla, mak mentua yg jaga..sian la plak dia nak bawak ke tandas je..tapi rasanya budak2 asik kena tanya je supaya tak terbabas...

    ReplyDelete
  3. ohhh rupanya anak kite hampir sebaya damia pun 2 tahun lebih.. Alhamdulillah dah lama damia tak perlu pakai pempers.. dalam blog ada sy ceritakan..mula2 dulu mmg ada terbabas maklumlah dia leka main tp yg besar x pernah terbabas..mungkin sebab dia dah pandai cakap.. Alhamdulillah.. skang ni mmg pakaikan mlm2 je sblm tidur.. skang ni nak mengajar tidur malam x perlu pakai pempers.. tp time cuti la nak ajarnye pun.. time kerja x dpt sbb pagi2 sure nak cepat.. ^_^ apepun nak mengajar bab ni mmg perlu kesabaran yang tinggi..

    ReplyDelete
  4. Cuba lagi, pasti berjaya..InsyaAllah..anak saya mula tak pakai pampers masa umur dia 2 tahun 7 bulan..bulan depan dia dah 3 tahun.

    ReplyDelete
  5. comelnye...
    nnti kalau dah dibiasakan ok la2..lama2 pandai sendiri..

    ReplyDelete
  6. Gud luck utk Rifqy.. setiap anak ni tak sama kan... tak lama lagi tu dah boleh diapersless tu...

    ReplyDelete
  7. memang mencabar la nak potty train anak ni. masa anak no. 1 & 2, atas tangan penagsuh.. tau2 dah diaperless.. hihihi!!
    sampai turn adief, dah tak keje.. baru tau camne payahnya. memang kene ada tahap kesabaran yg tinggi..

    ReplyDelete
  8. mencabar betul nak potty train ni kan..saya pun selalu lemah semangat.. err actually malas :P

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya rifqi...malaysia boleh...

    ReplyDelete