Girls hati-hati dengan cermin & kamera !


Apa kes nak kena berhati-hati pulak dengan 2 benda alah ni?


Ala mesti korang boleh agak kan?

Yup, zaman serba canggih ni manusia dah tak de kerje lain dah, asyik nak salah gunakan kemudahan yang ada je. Yang jadi mangsa manusia jugak kan.  Gelak sakan musuh utama manusia bila dapat goda keturunan ADAM untuk buat dosa. 

Ish bila fikir perkara yang berkemungkinan boleh terjadi dek kerana dua benda alah ni rasa gerun je nak melangkah ke fitting room, tandas awam, hotel, motel , rest house , bla bla bla

HENDAP, SKODENG, INTAI guna CERMIN & KAMERA ni dah lama berlaku kan, cuma kita ni kekadang terlupa nak berhati-hati dek kerana seronok nak bershopping baju baru, main redah je masuk fitting room nak tengok sesuai ke tidak baju tu ngan kita.

Mmmmm korang ingat lagi tak ngan kes kat bawah ni ? 
Sumber : mini hidden camera detector
So berhati-hati je la terutama student-student perempuan yang duk menyewa kat rumah sewa, time mencuba baju kat fitting room, or dimana-mana sahaja yang korang rasa agak was-was tu elok la beringat dan berhati-hati eik.

Kalau rasa nak selamat boleh try alat mengesan kehadiran kamera tersembunyi, search je kat tenet atau boleh ke FB mini hidden camera detector. (Perghhh promo free lagi tu..kihkihkih)

Sedikit tips untuk nak tahu samada di satu-satu tempat tu ada hidden camera atau cermin boleh telus atau tidak  (eh jap tak story pun eik pasal cermin tu, em em em...baca kat bawah)

Cara nak tahu ada kamera tersembunyi atau tidak :
Korang boleh mengesan kamera tersembunyi dengan menggunakan HANDPHONE ! yang penting Handphone korang tu perlu ada sistem radio di dalamnya. Mula-mula, set frekuensi radio di handphone anda ke 64 mhz.. anda akan dengar bunyi "shhhhhhh~" (macam tv takde siaran).. tapi apabila anda berada dekat dengan camera tersembunyi, radio akan senyap.. 
Ada juga orang kata dalam fitting room tu cuba buat panggilan kalau susah or tak dapat, MUNGKIN ada kamera tersembunyi kat situ. MUNGKIN la kan, tak tahu juga kesahihannya.
Cara nak tahu samaada cermin boleh telus cahaya atau cermin biasa (cermin di bilik hotel atau motel atau yang sewaktu dengannya la)  :
Telus cahaya disini bermaksud, orang disebalik cermin itu boleh melihat anda tapi anda cuma boleh melihat diri anda shj. CARANYA : letakkan kuku anda pada cermin berkenaan, lihat samada terdapat jarak diantara kuku anda dengan bayangannya atau tidak. sekiranya ada jarak, alhamdulillah, sekiranya tidak! berhati2, ada yang memerhatikan anda :-)
Ce cuba test kat cermin berhampiran ngan korang !

Cermin biasa

Cermin berHANTU


8 comments:

  1. memang bahaya..penah jumpa cermin berhantu kat toilet awam aritu..nasib baik cek dulu cermin tu telus ke tak..klu tak,free2 je org tu dpt tgk!

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian :) seram juga nak mencuba baju2 di fitting room atau masuk tandas awam ni

    ReplyDelete
  3. kalu jumpa cermin, mmg suker wat cara tu

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang ni manusai makin tak bertamadun

    ReplyDelete
  5. baru tau yg cara gne radio kt hp tuu..huhu..tq ^_^

    ReplyDelete
  6. Gitula gayenye kala dah terlebih moden

    ReplyDelete