Jewel In The Palace di TV Al-Hijrah


Dulu-dulu minat "gila" dengan drama bersiri korea Jewel In The Palace ni. Sekarang cerita ni ditayangkan semula di TV Al-Hijrah setiap hari isnin hingga Khamis Jam 3.30ptg (kalau tak silap). Memang masa tertengok cerita ni sikit hari khamis hari tu, puas mengingat jalan cerita ni balik

Jewel In The Palace di TV Al-Hijrah

Korang yang pernah layan cerita ni dulu masih ingat lagi  tak dengan jalan ceritanya?

Sedikit sinopsis cerita Jewel In The Palace ni bagi refresh balik memory korang yg dah pernah tengok dan yang belum tengok try tengok, rasanya korang pun boleh jatuh minat dgn cerita ni (^_-)
Dae Jang Geum (hangul: 대장금), dikenali juga sebagai The Great Jang Geum, atau Jewel In The Palace, adalah sebuah siri televisyen yang dikeluarkan oleh stesen TV Korea Selatan, MBC pada tahun 2003.  
Berdasarkan kisah sejarah yang terdapat dalam Babad Dinasti Joseon, ia memaparkan kisah seorang wanita yang dipanggil Jang-geum (dilakonkan oleh Lee Young Ae), yang berjaya menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Tema utama dalam siri ini adalah kecekalannya dalam menghadapi sebarang masalah dan ketekunan dan kebijaksanaannya hingga dia berjaya mencapai sesuatu yang wanita pada masa itu tidak mungkin berjaya mendapat. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional.
Sumber : Wikipidea  

Untuk sinopsis setiap episods boleh baca di daejanggeum.blogsome.com





7 comments:

  1. agaknya ade tak yg dload citer nih...

    kalo ade Astro... jenuh la dok adap tv jer... kihkihkih..

    ReplyDelete
  2. penah tgk cite ni kt 8tv kalo xsilap..huhuhu..tp xfollow sgt cite dye..tgk kejap2 j :P

    ReplyDelete
  3. tgk kat maaduu.com jer
    bila2 masa ada kalau terlepas

    ReplyDelete
  4. saya tengok cerita ni. first time ar..memang tertunggu2 next episode

    ReplyDelete
  5. citer ni memg the best..sanggup beli CD original ada 70 episod..x jemu tngok..boleh tambah ilmu pengetahuan dalam pemakanan n kesihatan

    ReplyDelete
  6. cerita ni memang sedih..semangat untuk hidup dia sangat kuat..◕ ‿ ◕

    ReplyDelete
  7. ade ke cite ni dulu kat tv berapa? aku baru tengok citer ni kat tv al hijrah tak tau pulak citer ini ulangan

    ReplyDelete