Cerita Lemang dan Keladi


Apa Menu utama yang wajib di tempat korang ya?

Cam keluarga saya, time AidilFitri dan Aidiladha yang wajib ada ialah Lemang. Bila tak buat lemang rasa cam tak lengkap pulak. Tapi bila dah bersuami dan merasa beraya di tempat asal suami, lama-lama rasa tak berapa nak kisah sangat dah. Adat la kan lain tempat lain cara dan menu utama di pagi raya, bak kata orang tua-tua lain padang lain belalang.
Siapa yang akan mewarisi kepakaran membuat lemang ni nanti ya?
Jika masing-masing sekadar touch and go sahaja, tiada yang berani mencuba untuk melakukan dari A hingga Z.
Sekarang pun harga sebatang lemang dah mencecah RM10.00 sebatang, dan harga 1 buluh yang sudah siap dipotong pula RM1.50!

Tu cerita pasal Lemang, pasal keladi pula masak apa yang korang paling suka? Eh jap, korang makan tak keladi?

Cam saya, tak tahu kenapa tekak ni tak de rasa nak mencuba makan keladi pun melainkan aiskrim keladi, air keladi, kek perisa keladi, kerepek dan pengat keladi, lain-lain masakan berasaskan keladi cam masak tempoyak keladi ke, rebus keladi ke memang tak makan.

Chup! ni bukan menu raya ya, ni menu kenduri kahwin adik ipar hari tu. Kalau orang Terengganu mesti pernah jumpa dan pernah makan stail masak sayur keladi letak lada hitam dan isi ikan selayang ni kan? Nama apa masakan ni tak sure la pulak, jangan ditanya rasanya macammana sebab saya lupa nak mencuba nya...betul tak tipu memang lupa nak cuba bukan tak nak cuba ya! hehehe
Ada gaya Chef tak?


No comments:

Post a Comment