Muffin Coklat : Memenuhi Permintaan


Muffin Coklat
Actually Rifqi request kek, tapi mama merajinkan diri buat Muffin Coklat. Buat Muffin dalam bekas kecik-kecik camni senang nak ngap dan tak perlu nak potong-potong dah sebenarnya. Memang puas hati dapat memenuhi permintaan anak ni terutama sekali bila Muffin yang dibuat menjadi dan Rifqi makan sambil memuji. Wah boleh kembang setaman dengar anak memuji, hihihi

Sekejap je licin , tak sedar ngap lepas satu, satu Muffin ni

Untuk resepi boleh tengok kat bawah ni. Sedap!!!!

MUFFIN COKLAT
sumber: mak Lang &  kak Ummi

Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


1 comment:

  1. aku pun selalunya buat style muffin. senang depa nak mkn amik sndr..

    ReplyDelete