Nak potong? Ada adab dan caranya....




Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Sumber : Ahmad Zaki

7 comments:

  1. mmg tahu nak potong kuku ni ada caranya..tp tak diamalkan..sekarang dah tau, boleh cuba amalkan...

    ReplyDelete
  2. assalam anamarza..acik dah terbiasa dari kecik potong kuku hari jumaat..kalau tidak arwah bising.

    ReplyDelete
  3. mmg kebiasaan potong kuku tgn ikut urutan mcm tu. termasuk la kuku anak2..
    cuma kuku kaki jek ikut mana yg dan. leps ni kene praktikkan potong dari kanan ke kiri...

    ReplyDelete
  4. Ana,

    tak silap UAS @ Aini ada share pasal hadis potong kuku ni... hadis ni sbenarnya hadis dhoif...



    btw, kakyong selalu potong kuku bila nampak dah pjg... ;)

    ReplyDelete