Pernah makan Emping padi?


Emping atau Ringgi
Apa itu Emping Padi?
Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, emping merupakan sejenis "kudap-kudapan yang diperbuat daripada padi yang masih muda manakala ringgi ialah emping daripada padi yang masih lembut isinya".
Samaada warna dia putih atau hijau saya tetap panggilnya emping tapi ada yang memanggilnya dengan 2 nama yang berlainan.
Emping seperti yang diketahui adalah berwarna putih kerana ia diperbuat daripada padi yang hampir masak, tetapi perlu direndam terlebih dahulu lebih kurang semalaman. Ringgi pula berwarna hijau kerana ia diperbuat daripada padi muda atau padi yang beringgi iaitu buah padi yang sedang berisi dan masih lembut isinya.
Korang kenal atau pernah tak makan Emping Padi ni?
Menyentuh tentang citarasa, ringgi lebih enak dimakan berbanding emping kerana ia lebih beraroma. Emping dan ringgi biasanya dijadikan sebagai hidangan untuk sarapan pagi. Ia akan dicampur bersama kelapa parut, sedikit garam dan gula supaya rasanya lebih enak. Ringgi biasanya dimakan begitu sahaja bersama air kopi. (sumber : memori-kedah.com)
Selain makan dengan gula dan kelapa parut, emping ni juga sedap dimakan dengan kuah. Bahan-bahan atau cara nak buat kuah dia pun tak cerewet mana, cuma perahkan kelapa parut dan air bersama dengan telur dan daun sireh yang dah di siat-siat sedikit, pastu masak bersama gula merah..sedap!!!!

Kalau Safiyya dan Rifqi, diaorang suka makan emping padi yang dah dicampur dengan kelapa parut dan gula kabung. Safiyya kalau dapat emping ni boleh tak makan nasi langsung, sedap katanya. Even tengah taip entry ni pun , Rifqi nampak je gambar emping kat atas tu, terus cakap "Iqi nak makan ni".

See budak-budak kalau kita perkenalkan dengan makanan tradisional dari kecik tak kan menolak punya. Pendek kata dengan budak berdua ni, emping ni takkan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas la, still boleh diterima di tekak diaorang,atau mungkin juga boleh dikatakan sebab manis gula kabung tu yang menyebabkan diaorang tak menolak bila disuakan emping ni (^_-) hehehe

10 comments:

  1. tak pernah lagi makan emping padi.. zaman sekarang ni mana nak cari ek..husband besar kat kedah.. dia kata senang nak cari kat sana.. tp tiap kali ke sana asyik lupa je nak cari..banyak sangat makanan sedap di utara..hehehe..

    ReplyDelete
  2. xpenah lg mkn emping padi..tp bile bace mcm meluap2 nk try..mane blh cari ni?

    ReplyDelete
  3. camne ek rasa dia kak...amie tak nah jumpa pun..makan apatah lagik

    ReplyDelete
  4. pernah makan emping jagung AKA konfleks jek.. kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  5. Anamarza..acik suka makan masa dulu2 ni..buat emping tu pun pernah masa sekolah2 dulu..meriah menumbuk emping ramai2 diwaktu malam..

    ReplyDelete
  6. ooo...macam ni rupanye rupa emping..pernah baca kat novel dia cakap makan emping..da tak terbayang da emping tu canr..nampak macam best je kan kak

    ReplyDelete
  7. salam kenalan..
    kat kedah senang dapat ni...
    saya suka makan.biasanya campur kelapa parut,air kelapa muda (bg lembut & lemak),sikit gula.kadang2 tambah garam sikit ja...bestnya...

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan ..dulu ada gak tapi lupa dapat kat mana...

    ReplyDelete
  9. Nok ke lembut koi kukus dulu.Lepas ter bahan dengan nyor kukur.Tapi ande mase bahan gitu je.

    ReplyDelete