Pro dan Kontra anak berblog .


Cilok dari MUkaBuku Wardina

Anak Wardina Safiyyah,  Amna Nafeesa dah start berblog di laman blognya Prefect Amna N. Di OfficialPage milik wardina dia ada mengutarakan persoalan berkaitan Pro dan Kontra anak berblog.

Pada pendapat korang camna?

Camna pulak kalau anak korang yang nak berblog, adakah korang akan galakkan atau...?

Rasanya kan satu masa nanti berblog ni jadi satu kebiasaaan, tak kira dewasa, orang tua atau budak-budak semua nak berblog.

Macam akhir 90an dulu cuma orang dewasa sahaja yang ada handphone, dan bila budak sekolah mula memiliki handphone sendiri , isu wajar atau tidak budak sekolah membawa handphone ke sekolah di bincangkan. Tapi tengok la sekarang, dah jadi perkara biasa budak seawal sekolah rendah memiliki telefon sendiri.

Sama jugak dengan facebook, sekarang ni dah tak hairan kalau tengok budak sekolah rendah guna MukaBuku tu. Mak bapak macam dah tak mampu nak kawal penggunaan FB dikalangan anak mereka, kita yang tertengok FB bebudak sekolah ni naik risau jadinya mana yang letak gambar tah apa2, mana yang duk menggatai berBF dan berGFnya, mana yang duk komen dan buat status tah apa2nya. Macam-macam!

Okey berbalik pada isu " Pro dan Kontra anak berblog " , semuanya terletak kepada individu tu jugak kan. Kalau makbapak dan anak memang rapat, means makbapak tahu apa aktiviti anak-anak dia dan anak-anak tahu jaga batas tahu mana baik mana buruk tak kisah kan anak nak berblog. Dengan berblog ni budak-budak boleh asah kemahiran menulis, tul tak?

If kita tahu anak kita ada blog, kita boleh jadi pembaca setia dan pengkritik tetap entry anak kita. Tapi make sure kalau nak kritik pun, kritik ngan mulut la tak payah duk sibuk nak kritik kat kotak komen di blog anak juga kan. Kritikan tu mestilah kritikan yang membina bukan kritikan yang menjatuhkan. Support dari mak bapak tu akan membuatkan anak-anak rasa dihargai.

Samaada pro atau kontra yang lebih banyak , pun bergantung pada masing-masing. Jika Kebaikan yang kita cari InsyaAllah banyak la kebaikan yang kita dapat. Tapi sebaliknya jika kita tak pandai nak kawal diri tak pandai nak beza mana buruk mana baik, mungkin lebih banyak keburukan dari kebaikan yang akan kita dapat.

 Bersambung.....

7 comments:

  1. apa2 hal tentang anak mmg ada pro & con.

    dari sudut positif, setidak2nya boleh mengasah skil anak menulis. tapi awas! awas pada penggunaan bahasa yang digunakan oleh anak. maksudnya penggunaan dari segi ejaan, bahasa rojak, slanga... takut terbawak2 dlm pelajaran pulak... itu yang negetifnya..

    adam sendiri ada blog. tapi, dia tak minat. dah bersawang pun hihihi!!

    ReplyDelete
  2. setuju3..kalo kecik2 dh ad blog, mcm2 hal ny..ad kebaikan, ad jgk keburukan dye..dlm penulisan, kalo dye bwat blog utk mengasah penulisan dye smbil2 practice bwat karangan, itu kebaikan..tp kalo menaip utk mengutuk ibu n bapa. itulahh keburukan ny

    ReplyDelete
  3. untuk kebaikan memang sokong sepenuhnya....jangan disalahgunakan kemudahan n teknologi yang dah sedia ada

    ReplyDelete
  4. amie rasa mcmana pun kena sentiasa awasi dan tau anak kita ada blog. kalau x tau tu yg jd anak2 beri komen tak baik pasal mak ayah dan parenting skills parents nya..ataupun dijadikan medium untuk benda2 yg tak elok. apa yg saudara kita kata bila dorang baca benda2 camtu di blog anak kita kan?tp kalau diawasi selalu dan kita sebagai editor mungkin boleh edit mana yg baik dn tak baiknya..lama2 boleh jadi penulis pro..

    ReplyDelete
  5. saya rasa konsepnya sama je macam ibu bapa berblog jugak..sebagai isteri ada benda yg boleh kita cerita kat blog dan ada yang tak boleh..so, ada baiknya kalau ibu bapa pantau bila anak2 berblog.. lagi pun baik jugak kalau dari situ kita boleh baca pendapat dia yg mungkin kita susah nak dengar sendiri dari mulut dia..

    ReplyDelete
  6. Tak boleh dihalang perkembangan teknologi. Cuma perlu pengawasan, dan peyeliaan. Macam pisau, dulu dulu org zaman batu potong daging guna batu. Bila dah ada teknologi pisau, kena gunakan dgn baik. Namun ada org yg gunakan pisau utk membunuh orang. Adakah kita BAN pisau? Tidak kan..

    ReplyDelete
  7. apa salahnya untuk mengasah bakat.. tapi perlu juga diawasi... jangan lebih-lebih tau...

    ReplyDelete