Re"Making" Dodol dan Aksi Terlampau


Suka makan dodol?

Saya nak kata suka sangat tu tak de la, tapi minat la jugak terutama klau yg masih lembik. Seingat saya last mak buat dodol rasanya dah berbelas tahun yang lalu time saya masih zaman sekolah menengah lagi, tahun bila tu tak ingat. Lepas tu memang klau teringin nak makan dodol mak beli je. Tahun ni pulak untuk raya kali ni, mak cuma sedia bahan-bahan tuk dibuat dodol pastu subcontract je kat orang yang ada mesin buat dodol tu.

Disebabkan tahun ni mak subcontract buat dodol, so merasa la kami adik beradik bawak balik dodol satu bekas seorang. Tapi kerana sibuk ke hulu ke hilir awal-awal raya hari tu, jadi terlupa nak makan dodol tu. Bila dah lama-lama jadi keras la sikit dodol tu. Dek kerana saya ni minat dodol yg ala-ala lembik sedikit, makanya merajinkan diri Re"Making" dodol tu kasi lembik.

Re"making" dodol step by step
Memang sedap makan dodol suam-suam yang masih lembik ni, tengok je la aksi budak berdua ni time melantak dodol yang baru dimasak ni:

Aksi terlampau makan dodol sambil mencangkung!

Sedappp!!!!!



2 comments:

  1. kalau dodol dah keras sangat, buat cam goreng pisang. celup tepung & goreng. sedap gak.. :P

    ReplyDelete