Saat Akad Dilafaz



"Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya RM.." 

Bunyi macam senang?

Nah ini erti sebenarnya:

 "Aku pikul tanggungjawab mendidik dan menegur  si dia dari ibu bapanya, apa saja Suruhan dan Larangan Allah SWT, dari menutup aurat hingga ke mendirikan solat, Dari melakukan yang Disuruh hingga meninggalkan yang mungkar, aku pikul dan bukan lagi ibu bapanya yang tanggung, dan aku  pikul semua tanggungjawab mendidik dan menegur bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Firman Allah yang bermaksud :

 “Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”. 

Di antara tanggungjawab yang penting bagi seorang suami ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Seorang suami akan dikira sebagai dayus sekiranya si suami tadi menghalalkan dan tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya

Sekirannya seorang suami telah sempurna memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.

Selain itu seorang suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik.

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:

“Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]

Ana : Besar tanggung jawab seorang suami !

Sumber : Ustaz Nor Amin

1 comment:

  1. betul kak..setuju..bernikah ni memang berat sgt2 tanggungjawab..

    ReplyDelete