Safety Comes First! Sebolehnya la kan...


Sebagai ibu bapa mesti kita nak anak-anak kita selamat tul tak?

Tak kira la dalam rumah atau luar rumah, kita sebolehnya nak pastikan keselamatan anak-anak kita. Terutama sekali bayi yang masih kecil. Setiap kali bayi kita beralih dari satu perkembangan kepada perkembangan yang lebih advance semakin kita kena peka.

Ya la bila anak dah start meniarap, kena pantau tiada benda - benda yg tak sepatutnya berada di atas lantai. Bila dia start merangkak start memanjat nak berdiri, start nak menapak semakin dia akan terdedah dengan dunia. Makin banyak benda yang dia ingin tahu, ingin teroka dan ingin cuba tul tak?

Kalau anak dah pandai panjat tempat tinggi pastu melompat ke bawah, kita yang akan terjerit-jerit, no sayang no panjat-panjat nanti jatuh sakit.  Ada ke antara kita yang guna perkataan .." ha panjat, panjat tinggi lagi, jatuh bangun sendiri?". Kalau anak dah besar okey la kan nak cakap camtu.

Ainul ni pun dah start nak panjat-panjat nak belajar bangun dah ni. Tu yang risau jatuh tergolek tu. Tapi kalau tiada jatuh-jatuh tak belajar pulak kan?

"Ala mama ni buat kecoh je! siap letak lapik lagi bukan tinggi mana pun tilam ni"


6 comments:

  1. kta suka carpet itu...sagt safety bila jatuh langsung tak sakit... good choice

    ReplyDelete
  2. org melayu kita bila berkata penuh kiasan..
    bila cakap "ha panjat, panjat tinggi lagi, jatuh bangun sendiri?" bukanlah bermaksud nak anak tu panjat lebih tinggi dan mendoakan anak tu jatuh.. tapi sebaliknya...
    ish... mak mana la sanggup biarkan anak dalam keadaan bahaya....

    bila anak mula meneroka, lebih bagus jangan diberi sekatan. apa yang penting kita pantau pergerakan anak dan keselamatan persekitaran.

    ReplyDelete
  3. anak kecik yang tengah membesar ni memang la lasaknye
    kengkadang tu rasa camnak suh je dok dalam kandang jgan g memana, tapi dah lumrah anak kecik yang suka nak explore


    biarkan die explore, janji perhatikan dan bersedia sentiasa

    ReplyDelete
  4. bila dah pandai merangkak n seterusnya memang kena berjaga2....klu tak memang mengundang bahaya...

    ReplyDelete
  5. Betul, rumah kita sendiri kadangkala boleh jadi potential hazard kepada anak anak kecil. so kena selalu berawas .

    ReplyDelete
  6. Daddy Ziyyad > betul tu doc, sentiasa "berawas"

    ReplyDelete