Bila anak Batuk , Selsema & Demam, apa tindakan korang?



Apa tindakan dan bagaimana reaksi korang bila bayi atau anak kecil mula menunjukkan tanda-tanda akan batuk / selsema / Demam?

Pagi tadi badan Ainul start suam, cam biasa saya sekadar monitor suhu badan Ainul dulu sambil tu kerapkan lap air kat kepala dan badan dia. Buat masa ni suhu badan Ainul still okey means tak panas mana. Saya memang tak terus beri ubat kat anak-anak, monitor suhu badan dari sejam ke sejam tengok samada sama atau naik mendadak. Saya hanya akan beri ubat jika rasa usaha lapkan air di kepala dan badannya tak langsung menampakkan hasil.

Sama jugak jika anak-anak menunjukkan simptom batuk dan selesema, saya memang kurang berkenan untuk memberi ubat batuk yang dibeli di kedai atau farmasi. Jika simptom batuk dan selesema masih tidak reda masuk penghujung hari yg kedua, baru la saya consider untuk membawa anak ke klinik.

Nampak sedikit kejam disitu kan, macam tak concern kesihatan anak sahaja, melambat-lambatkan memberi ubat kepada anak yang dah ada simptom demam, batuk dan selsema!

BUKAN TAK CONCERN, cumanya saya lebih suka kalau badan anak-anak membentuk antibodi pertahanan badan sendiri untuk melawan demam , batuk dan selsema itu. Kalau baru demam/batuk/selsema sikit kita dah beri ubat bila masa pulak badan anak-anak nak membina sistem pertahan sendiri kan?

Lebih kurang macam ni la, kalau negara kita tetiba diserang oleh musuh takkan kita nak harapkan pihak luar yang bunuh musuh tu kan. Harus la kita latih tentera kita sendiri dulu, kalau dah memang tak termampu nak lawan sendiri baru la minta bantuan dari luar sebelum terlambat. Camtu jugak dengan badan kita, beri peluang untuk badan kita menjalani latihan dengan membentuk "antibodi". Jika "tentera"  ( atau sistem imuniti badan) lemah baru lah kita bantu dengan tentera dari luar (antibiotik)

TAPI kalau memang tetiba je suhu badan dia naik mendadak tanpa ada signal terlebih dahulu tu, harus la dibawa ke klinik teruskan. Tu kalau buat bodoh tak ambil apa-apa tindakan tu tak payah jadi mak bapak la.

Korang pulak, Bila anak start Batuk , Selsema & Demam, apa tindakan korang?

2 comments:

  1. Tengok pade suhu badan.Kala naik tiak2 jam,koi ke klinik la.

    ReplyDelete