Cabaran menukar kebiasaan ucapan dimulut


Siapa berani sahut cabaran ni?

Setiap apa yang dah menjadi kebiasaan meniti dibibir kita sehari-hari pasti sedikit sukar untuk mengubah dalam masa yang singkat kan?

Ada sebutan-sebutan tertentu seperti InsyaAllah memang kita dah biasa sebut, bukan kita je orang bukan islam juga ada yang dah terbiasa menggunakan perkataan Insyaallah ni kan?

Bagaimana pulak dengan penggunaan ucapan yang lain seperti Fi amanillah atau jazakallah , jarang sangat kita dengar orang menyebutnya kan?

Pe kata kita sama-sama ajar anak-anak kita terbiasa dengan ucapan dibawah ni:
  1. Ucapkan "Bismillah... " apabila hendak memulakan sesuatu
  2. Ucapkan "Alhamdulillah... " setelah selesai melakukan sesuatu atau atas rezeki yang kita perolehi
  3. Ucapkan "Assalamualaikum... " apabila bertemu
  4. Ucapkan "Astaghfirullah... " apabila melakukan kesilapan atau apabila kita hilang kawalan diri dan berada dalam keadaan lemah
  5. Ucapkan "Allahu Akbar..." apabila kita berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam kehidupan
  6. Ucapkan "Subhanallah... " apabila melihat sesuatu yang menakjubkan
  7. Ucapkan "Lahaula wala quwwata illabillah... " apabila melihat sesuatu kejadian yang tidak elok atau kemalangan
  8. Ucapkan "innalillah wa inna ilaihi rajiun " apabila berlaku sesuatu perkara yang malang
  9. Ucapkan "Jazakallahu khairan kathira... " apabila menerima sesuatu
  10. Ucapkan "Fi amanillah... " kepada orang yg hendak bermusafir
  11. Ucapkan "Insya Allah... " apabila berjanji atas perkara yang kita maksudkan dan akan lakukan
  12. Ucapkan "Nauzubillah... " apabila mendengar kejadian yang tidak baik
  13. Ucapkan "Wallahu a'alam... " apabila tidak pasti akan perkara yang disampaikan

Ana : Mencabar diri sendiri yang sebetulnya...


3 comments:

  1. kalan kita dah mulakan dulu... insyaALLAH mudah anak2 nak ikut

    ReplyDelete
  2. comel lah kartun tu..org kita kalau dengar berita malang kita kata "innalillah wa inna ilaihi rajiun" ramai yg kata "oi..dia belum mati lagi lah" :P

    tengok pompuan seksi sebut masya allah :P

    ReplyDelete
  3. menarik tengok kartun ni..suka dengan pendekatan guna kartun,kanak2 pon suka tngok...kita yang da dewasa pon rasa tertarik jgak..moga semakin hari kita berubah ke arah yang lebih baik kan
    :D

    ReplyDelete