Cara merawat anak yang batuk dan selsema.


Sambungan entry  Bila anak Batuk , Selsema & Demam, apa tindakan korang? dan Wajarkah Memberi ubat selsema / batuk kepada anak kecil? .  


Bila anak batuk dan selsema memang rasa kesian mendengar bunyi batuk dan melihat air hidung meleleh keluar. Kalau boleh rasa nak tolong keluarkan je kahak yang ada tu. Ikutkan petua orang tua-tua dulu ada cara tersendiri untuk menghilangkan kahak/batuk dan selsema ni. Cuma antara senang dan susah untuk mendapat kan bahan dan cerewet atau mudah cara yang di cadangkan tu je.


Ce korang kasi petua yang biasa korang amalkan untuk dikongsi bersama, kalau mudah nak mendapatkan bahan dan senang nak membuatnya, boleh dicuba. Tak sampai hati plus rasa sakit telinga setiap kali dengar Ainul batuk. Kalau boleh ditukar ganti, mahu saje mama yang alami batuk tu semua.


Pada saya kan antara batuk dan selsema rasanya senang lagi nak uruskan selsema kan?


Kalau hidung anak tersumbat kita boleh cuba letak ubat titik (yg mengandungi saline) atau kalau korang sanggup boleh je sedut lendir (mucuos) dengan menggunakan mulut korang sendiri. Tak pun ikut petua orang dulu-dulu sapu air kunyit kat batang hidung anak. 


Kalau batuk?


Mungkin boleh pertimbangkan untuk melakukan teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) : 
  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
My Image
My Image
My Image


Sumber : Sini , sini, sini,

9 comments:

  1. che abg aku sanggup wey sedut mucuos anak dgn mulut sendiri...
    tapi masa anak daalm umo sebulan dua lagi la..
    kalau dah beso gedabak cam Adief tu.. eeeuwwww!!! hahahaha!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau kat hospital sekarang pun dah ada buat mcm ni. Tiap2 hari nurse datang & tepuk2 belakang anak.. anyway bill masuk kat physiotherapy..

    ReplyDelete
  3. kaedah nie memang berkesan kat baby kayrul..minta izin nak copy dan share artikel nie ye

    ReplyDelete
  4. minta izin nk share info ni kt website sy ye.. http://www.mykidz.my

    ReplyDelete
  5. http://mykidz.my/

    ReplyDelete
  6. saya harap cara ini berkesan untuk bayi

    ReplyDelete
  7. msa ank admit kt ward mmg physio dtg aja wat camni..

    ReplyDelete
  8. Salam

    sy nk cadangkan 1 krim untuk hilangkan selsema dgn cepat...
    kalu berminat baca kat sini

    https://www.facebook.com/VariousBrandOfProduct

    http://amninaeim2011.blogspot.com/

    atau hubungi saya SHARIFAH 0143388017

    ReplyDelete
  9. minta izin nk share di wall sy...thanks

    ReplyDelete