Cekodok Bom Manis :: Jemput makan..


Cekodok @ Cucur Bom Manis
Jamu mata je la ya, nak jemput makan tak bleh lain la kalau duk berjiran kan. Ni masakan simple yang jadi sarapan time malas nak masak berat2. Bukan setakat untuk sarapan je, time minum petang pun sedap jugak layan cekodok tak kira la apa jenis cekodok sekalipun.

Cabaran Masterchef baru ni bertemakan 'Masakan Zaman Kanak-Kanak' kan. Cekodok antara masakan dari zaman kanak-kanak yang memang menjadi makanan sedap dimakan bila-bila masa dari dulu sampai sekarang , bagi saya la. Tak kira la, cekodok masin ke, cekodok manis ke, cekodok ikan bilis, cekodok pisang, cekodok bawang pendek kata memang sekejap je licin.

Masa tadika dulu pun pernah disajikan dengan cekodok betik, time tu bila makan sama-sama kengkawan di tadika rasa nikmatnya cekodok betik tu. Hmmm agaknya kalau saya buat kan ada ke bebudak dua orang ni nak makan cekodok betik tu . Ada agaknya Safiyya cakap "mama ni buat lawak la, cekodok betik hahahahah, mama ni lupa ya, kakak suka makan cekodok biasa la".

Pada korang, dalam banyak-banyak jenis cekodok @ cucur, yang mana satu menjadi "idaman kalbu"?

3 comments:

  1. akak, amie pun suka cekodok manis ni..kalo makan mesti haloba nak byk2..huhu..selalunya suka yg tepung segera tu..--pemalas gila..hehe

    ReplyDelete
  2. cekodok pisang kapas.....

    terbaikkkkkkk

    ReplyDelete
  3. assalam ana..acik memang suka sangat buat cekodok manis ni..bila masa hujan petang tu..teringin nak makan benda panas..cekodok ni la jadi pilihan

    ReplyDelete