Cerita Susan McKinley sekadar rekaan semata?



Mesti korang dah pernah baca tentang cerita Susan McKinley (Antropologis) cam kat atas ni kan?

Snapshot kat atas ni saya ambil dari FB, tapi cerita ni dah tersebar melalui email dari tahun 2003 lagi dah. Ramai jugak blogger yang dah publish cerita ni.

Pe perasaan korang bila first time tengok gambar tu?

Okey, sejujurnya saya rasa pelik sebab gambar tu nampak bersih, maksud saya pandainya ulat tu buat lubang, tak comot langsung tiada kesan merah sakit kat sekitar lubang tu pun, plus tak nampak ada kewujudan puting payudara disitu. Tul tak?

Then hasil carian menemukan saya dengan jawapan yang sebenarnya. Sememangnyaa gambar tu rekaan semata-mata dan cerita tu pulak tidak dapat dipastikan kesahihannya. Tak caya boleh baca kat 2 link dibawah ni:

  1. http://urbanlegends.about.com/library/bl_breast_larvae.htm
  2. http://www.snopes.com/photos/medical/breastrash.asp

TAPI  memang ada satu kes pasal payudara ber"larva" atau berulat ni. Kes seorang wanita yang berusia 70tahun yang tinggal di Nigeria, tapi bukan pasal dia pakai bra baru dibeli yang tidak dibasuh terlebih dahulu , tapi sebab dia jemur bra yang baru dibasuh di ampaian berhampiran semak.

Kalau korang bukan jenis penggeli dan korang memang berani , korang boleh tengok gambar makcik tu kat link ni ---> http://www.biomedcentral.com/1471-2482/4/5. Tak sanggup la pulak ahkak nak tepek gambar tu kat sini, ado yang tak berselera nak makan kang....

TAPI (* erk bertapi lagi.... *)

Nasihat yang meminta kita MEMBASUH BRA dan BAJU YANG BARU DIBELI terlebih dahulu sebelum memakainya amatlah digalakkan untuk kita mengamalkannya.  Kan kebersihan itu sebahagian dari iman!


4 comments:

  1. betoi2 apa jua pakaian yg baru beli eloklah d basuh dahulu..kita mana tahu tangan saper yg pegang & mcm2 bakteria k yg melekat..kira bagus jgk la gambar tu biar org beringat sbl kena kannn

    ReplyDelete
  2. owh tipu rupanya gamabr breast tu..

    kakyong memang akan basuh dulu semua baju baru beli sblm dipakai..

    ReplyDelete