Gigih membaca entry "13 Tahun Mencari Cinta"!



Sejujurnya saya bukan la jenis yg tabah nak membaca entry yang panjang-panjang kecuali entry yang berbentuk maklumat dan entry ilmiah. Eh jangan salah faham pulak ya, kalau korang tulis panjang-panjang tu bukan saya tak gigih baca, baca dari mula sampai abis jugak tau. Ala korang pun bukan tulis panjang berjela pun kan (^_-).

Cam gini, entry panjang yang saya maksud ialah entry yang memang panjang sampai hampir 40 perenggan... dah jadi macam cerpen pendek pun ya jugak. Rasanya korang pun dah pernah baca kan cerita 13 Tahun Mencari Cinta yang dicoret oleh Doktor Sarah Shukor. Kalau belum baca dan teringin nak baca korang boleh baca kat iluvislam.com atau kat blog Doktor Sarah Shukor sendiri iaitu Dunia Sarah.

Pada saya sweet je perjalanan jodoh doktor Sarah dan suaminya yang dah direncanakan oleh Allah S.W.T. Mungkin jugak cara penyampaian cerita tu kot yang makin membuatkan saya gigih untuk membacanya, kemas dan teratur I like! dan sememangnya saat entry ni ditulis , entry 13 tahun Mencari Cinta tu dah mencapai 9,620 FB like sejak entry tu dipublish pada 13 May 2011 yang lalu.

2 comments:

  1. bookmark dulu. kene tunggu bebudak ni tido baru feel sikit nak baca. ni, diorg tgh berkuntau. tak konsentret baca nanti..

    ReplyDelete
  2. boleh tahan gak citer dari review owner blog ni buat, boleh baca ni kalo ade masa

    ReplyDelete