Perempuan bila...?


السلام عليكم
Pic credit to : tuffix.deviantart.com 

Pernah alami situasi lebih kurang cam dalam gambar kat atas tak?

Ada sesetengah orang memang menitik beratkan pasal bab-bab kekemasan dan kecantikan diri ni, semuanya nak nampak sempurna. Biar pun  terpaksa bersiap awal dan duduk di depan cermin sampai setengah jam pun tak pe. Asal sebelum keluar tu puas hati dan yakin akan ketrampilan diri.

Ada jugak yang langsung tak kisah, lepas dah pakai tudung dah tak tengok2 dah tudung tu senget benget ke elok ke, janji pakai tudung dan menutup aurat cukup.

Masa zaman belajar dan zaman kerje dulu memang agak menitik beratkan penampilan diri. Berminit-minit jugak la duk kat depan cermin nak betulkan tudung. Bila dah beranak 3 ni main sarung je tudung tak menyempat nak belek dah. Gitu la kekdah nya bila pakai tudung pakai siap ni, tak perlu nak belit tak perlu nak pakai pin bagai dah (Melainkan time teringin nak letak pin sebagai hiasan tu lain citer la kan).

No Bad Hijab day la kan klau pakai tudung main sarung je tu!

Tapi kan teringin jugak nak try pakai shawl, cam comel je tengok "orang lain pakai"

Memang akan ambil masa nak bersiap kalau pakai camni kan?
Hmmm...should I ?


5 comments:

  1. moden....pakai sarung je senang

    dah banyak choice dah sekarang

    ReplyDelete
  2. tak minat nak pakai tudung lilit2.. rasa cam tercekik jek batang leher.. kehkehkeh!!

    ReplyDelete
  3. kta tgk mood..heee kekadang nak lilit..tapi kalau dh terkejar masa tu tak yah berangan nak lilit ni..amik yg saru ng ajaaa

    ReplyDelete
  4. amie pun teringin je lebih..beli je pakainya idok...ermmm...memang susah kalau ada anak kecik nak melaram sangat

    ReplyDelete
  5. saya bila pakai tudung, tengok cermin sekali je :) waktu pagi nak pergi kerja. Lepas solat zohor4, pakai tudung tak tengok cermin dah hehe. Asalkan dah terletak elok kat kepala tu, kira okeylah...

    ReplyDelete