Seminggu lebih lagi nak raya


Ada ke yang tak tengok pengumuman penyimpan mohor besar berkaitan tarikh 1 Zulhijjah 1432 (bersamaan 28hb November 2011) dan juga pengumuman Hari Raya Aidil Adha/Hari Raya Qorban/Hari Raya Haji tahun ini yang  jatuh pada hari ahad 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 ?

Sejujurnya memang saya tak ingat langsung yang hari ni merupakan hari melihat anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Zulhijjah 1432 h. Tambahan pulak memang jarang2 sangat tengok TV, kalau tahu apa2 perkembangan atau berita tergempar atau terhangat pun memang tahu dari rakan-rakan blog yang buat post tentang satu-satu isu terkini. Nak harapkan baca surat khabar jauh sekali la, even berita online sekalipun tak rajin mana nak buka.

Rasanya tak ramai yang teruja nak sambut Raya haji kan?



Mungkin bagi yang nak buat korban memang akan ternanti-nanti ketibaan raya Aidil Adha , juga bagi yang nak balik kampung pasti akan ingat bila tarikh Hari Raya Korban ni sebab senang nak plan cuti.

Camna ngan korang, Teruja ke nak sambut Raya Haji ni?

10 comments:

  1. terkejut juga masa tengok pengumuman tadi rasanya lambat lagi nak raya, apa apa hal nak ucap selamat hari raya haji...

    ReplyDelete
  2. memang tak tahu menahu sebab kat rumah takde tv :) ketinggalan sungguh lah...hehe.Tahun ni sambut raya haji di Kelantan lagi untuk tahun yang ke-3 :)

    ReplyDelete
  3. kalau duk kg (Klate) mungkin terasa la jugak nak raya.tapi duk sini dan mmg plan x balik raya kat kg so tak terasa lsgung bahang nak raya..

    nak balik raya umah mil kar cheras je..sbb raya posa dah balik kg saya

    ReplyDelete
  4. nape tah raya kali ni macam kurang terasa debarnya.. semalam pun terkejut tengok pengumuman raya.. tak tahu menahu pasal tarikh tengok anak bulan..teruk betul.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. tak terasa mcm nak raya pun kak...maklumla raya korban je kan..

    ReplyDelete
  6. sy pun xprasan malam td pengumuman raye.tetibe buka tv dah diumumkan raje aji ahad dpn..nak masak pe ye tuk raye..he3..asik fkir makan je sy ni.:p

    ReplyDelete
  7. eh..dah umum raya eh??
    teruja sgt.. dh lama x balik kg..

    ReplyDelete
  8. ana..walaupun tak teruja..tapi acik tetap jugak masak2 untuk makan anak beranak..walaupun tak de buat kuih raya.

    ReplyDelete
  9. raya haji ni susah sikit nak dapat cuti

    ReplyDelete