Wajarkah Memberi ubat selsema / batuk kepada anak kecil?





Jika anak kita berumur dibawah 2 tahun memang doktor tak beri ubat batuk, paling kurang pun doktor akan beri antibiotik sahaja melainkan untuk kes-kes yang serius/tertentu sahaja (mungkin). So sebagai ibu bapa jangan pulak kita memandai beli ubat batuk dan selesema yang ada terjual di kedai atau farmasi untuk diberikan kat anak yang berumur kurang dari 2 tahun atas alasan kesian tengok anak batuk dan air hidung meleleh atau takut keadaan anak bertambah teruk dan melarat.

Memang ubat batuk dan selsema dibenarkan dijual secara over-the-counter (tanpa perlu preskripsi dari doktor). TAPi harus diingat kesan sampingan masih boleh berlaku meskipun ianya selamat untuk pengubatan kendiri.

Menurut U.S Food And Drug Administration (US F.D.A) dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa semua ubat-ubatan yang dijual secara over-the-counter (untuk batuk dan selsema khususnya) TIDAK HARUS DIBERIKAN kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. 

US FDA juga menerangkan bahawa ubat-ubatan tersebut HANYA merawat simptom  TAPI TIDAK merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan untuk kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun, manakala bagi kanak-kanak berumur 2 ke 11 tahun kajian masih diteruskan akan keberkesanan dan kesan pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Mengapa ianya tidak wajar diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun?

Ini kerana terdapat beberapa kes yang dilaporkan berkaitan pengambilan ubat batuk dan selsema melalui OTC . Paling teruk kesan pengambilan ubatan tersebut ialah boleh mengakibatkan kematian . 

Sekirannya ingin memberikan ubat batuk atau selsema yang dibeli dari farmasi (kepada kanak berumur 2 tahun ke 11 tahun ) seeloknya lihat bahan (active ingredient) yang terdapat pada label ubat tersebut. Pastikan juga dos pengambilan adalah seperti yang disyorkan. Elakkan dari mengambil 2 jenis ubat dari bahan (active ingredients) yang sama dalam satu masa,  

Sedikit maklumat berkaitan bahan yang biasa diguna pakai dalam ubat batuk dan selsema seperti decongestants (for unclogging a stuffy nose), expectorants (for loosening mucus so that it can be coughed up), antihistamines (for sneezing and runny nose), and antitussives (for quieting coughs). The terms on the label include "nasal decongestants", "cough suppressants", "expectorants" and "antihistamines."

No comments:

Post a Comment