Bersunat / khatan : Beza dulu dan sekarang


Bila sebut bab bersunat / khatan ni, kalau kata tak nak ambil tahu tak boleh jugak, ya la ada anak lelaki kan perlu la jugak ambil tahu. Walau Rifqi baru je nak masuk 3 tahun bulan februari ni nanti tapi tetap nak sentuh jugak isu berkhatan ni. Bukan apa ada perkara yang duk bermain kat kepala ni masa tertengok budak baru lepas bersunat tadi. Errr ye kot budak tu baru lepas bersunat, sebab dia masih pakai kain pelikat lagi...

Bukan nak sentuh bab beza cara bersunat dulu-dulu dengan zaman sekarang ni. Ya la dulu tok mudim yang glamer sekarang ni kalau nak bersunat orang cari doktor je dah kan.

Bukan juga nak sentuh bab umur berapa yang elok di sunat, umur berapa tu bergantung pada banyak sebab jugak kan, ada yang sunatkan anak umur 5 tahun dan ada jugak yang still ikut macam dulu-dulu sunatkan masa anak ber umur 12 tahun.


Cumanya nak sentuh bab selepas bersunat je. Rasanya zaman abang-abang saya dulu (termasuk my hubby) lepas je bersunat tu banyak benda yang nak kena pantang. Dari bab makanan, cara bergerak hingga la cara penjagaan ada pantang larang nya, tul tak?

Pendek kata dah macam orang bersalin jugak berpantang nya.

TAPI

Zaman sekarang ni jarang sangat yang ikut pantang larang orang tua-tua dulu kan? Usah kata bersunat orang lepas bersalin pun dah banyak yang tak ikut petua nenek moyang kan?

Sampaikan baru je lepas bersunat, dengan masih pakai kain pelikat, tangan duk pegang tinggi bahagian depan kain pelikat tu lagi, dah terus masuk KFC. Ngan cuaca sejuk, hujan renyai-renyai, air cond kat dalam KFC tu lagi, selamba je gi makan KFC ! Hebat budak zaman sekarang ni ya.

Adakah kerana sekarang ni bersunat kat klinik / hospital dah tak perlu nak kisah semua pantang larang orang dulu-dulu?

Camna pulak dengan istilah "BENTAN" yang orang tua-tua duk cakapkan dulu, masih relevan kah di zaman serba canggih sekarang ni?

Ana : Bila sebut bab bersunat ni, teringat kat 2 orang anak sedara camna ber'drama' nya mereka berdua masa baru-baru lepas bersunat dulu. perkataan "aduh sakit sakit" tu meniti di bibir mereka berdua dalam minggu pertama selepas bersunat. Rifqi nanti camna la pulak adakah "drama' nya lebih dramatik lagi?



17 comments:

  1. aiyak! lepas sunat terus terjah KFC?? tu mesti pujuk anak nk bg upah kfc kalau bersunat..

    masa sunat adam dulu, mmg kami pantangkan dia mcm org bersalin. lepas dah elok luka & bukak clamp tu baru la boleh kaur g memana....

    ReplyDelete
  2. tulah ana, budak sekarang bersunat 3-4 hari dah boleh main bola...huhu.

    Saya plan sunat anak yg tua akhir depan, masa cuti darjah 4 nanti. Dia sendiri yang hendak begitu...:)

    ReplyDelete
  3. elok juga guna petua lama² tu....

    kalau tak nanti jadi macam² penyakit dan sakit² badan

    ReplyDelete
  4. 'Bentan' yang dikatakan itu ialah bengkak physiology, yakni bengkak yg normal dan memang akan jadi selepas proses sunat. Bila anggota badan/kulit dipotong & dijahit, memang akan ada sedikit water retention, yg membawa kpd bengkak sedikit. So petua org dulu tak kasi minum air banyak (termasuklah org lepas bersalin) adalah TOTALLY WRONG dan tak perlu di ikut. In fact, perlu minum lebih air kosong.

    Cuma untuk sunat, saya secara peribadi lebih suka kpd teknik tradisional (potong guna scapel dan jahit), berbanding guna teknik clamp. Ini kerana ikut experience saya, ramai patient saya yg sunat guna kaedah clamp, lambat baik/lambat susut bengkaknya, berbanding sunat kaedah tradisional. Kaedah clamp itu hanya memudahkan kerja doktor semasa prosedur, sebab ia cepat. Tapi proses penyembuhannya, budak tu yg tanggung ! :)

    ReplyDelete
  5. firdaus still berpantang cara lama..kty just kasi bubur nasi jer..kurangkan air masak..bukan apa takut dia asyik g toilet..benda tu basah lambat baik..nenek ler ckp camtu
    dan firdaus sunat pun guna cara lama , pakai scapel dan jahit..

    ReplyDelete
  6. ooo..camtu ek sebenarnya bentan ye dr ziyyad..aish...taktau la ahmad nanti macamana..

    ReplyDelete
  7. oooo... nasib ade penjelasan dari dr ziyyad.. skrg dh paham..hehehe.. bagus n3 nih.. dapat jugak timba ilmu yg berguna..tq..:)

    ReplyDelete
  8. masa adik munna dulu..banyak juga pantang larangya takut bentan mak kata

    ReplyDelete
  9. heheh// baru2 ni dm tv3/berita ade tunjuk aksi budak2 bersunat... mcm2 aksi..

    Fikri , dia selamba jer cakap.. tak sakit lah ibu nanti boleh letak ubat.. heheh.. macam la dia pernah bersunat...

    actually fikri ni dah request dia nak bersunat.. tp ayahnya buat derk jer... ibunya jer yg sibuk2 dok tanya2 sana sini.. ade tak majlis berkhatan beramai2..!! boleh lah fikri join sekali..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, 3 hero saya dah selamat berkhatan semalam. Walaupun masih kecil, tapi mereka semua sgt bersemangat & berani.

    http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/11/3-heroes-sudah-berkhatan.html

    ReplyDelete
  11. budak umur 2 tahun boleh x bersunat? sebab hujung kulit yang lebih tu selalu luka dan gatal...dah g mcm2 klinik sume x jalan....

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah anak saya dah selamat bersunat 3 hari lepas sambil main game je..bersemangat dan berani betul abang long ni..semalam dia dah pakai seluar..mungkin banyak makan ikan haruan kut..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...dua orang askar akak dah selamat bersunat dua hari lepas.Kuat jugak semangat dia orang tu.Katanya tak sakit pun..yelah katanya nati kalau gi sembahyang Jumaat tu boleh la duduk sebelah Abah...

    ReplyDelete
  14. Salam.. saya ada satu soalan, adakah wajib bagi seorang kanak2 perempuan untuk bersunat? Setahu saya, saya x pernah jumpa pun hadith2 yang mengatakan wanita perlu bersunat so how? Saya ada seorang anak perempuan jd saya ingat xnak sunatkan sbb takut dapat infection n mcm2 lg tp ingin tahu juga dalam Islam wajibkah bersunat?

    ReplyDelete
  15. anak sy pun baru bersunat mgu lalu

    ReplyDelete