Istanbul Aku Datang ....


Ish kalau la ayat " Istanbul Aku Datang" tu memberi gambaran yang saya ni betul-betul akan pergi melancong ke sana, alangkah seronoknya... TAPI...

Tu cuma tajuk sebuah filem sahaja. Tetiba terminat dgn gambar-gambar yang di snap semasa pengambaran cerita ni di istanbul. Nampak comel dan "fresh" je Lisa Surihani kat dalam filem tu. Khabarnya cerita Istanbul Aku datang ni ber genre Romantic Comedy dan akan di tayangkan pada tahun  hadapan. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ni ialah Lisa Surihani, Tomok, Beto Kusyairi dan Aizat. Sinopsis cerita ni tak jumpa lagi, sesiapa tahu bleh kasi tahu tak sedikit jalan cerita filem ni?

Eh jap, sejak bila ter"minat" kat Lisa Surihani ni pulak?

Errrrrrr....tah tapi yang pasti Lisa memang nampak comel dan "fresh" kat dalam movie Istanbul Aku Datang ni, klau tak caya tengok kat bawah ni. Satu lagi cuba korang perhati aksesori kat kepala lisa tu, cute tak?, Pastu korang perhati baju dan kasut yang dia pakai..ada kelainan !




Dah macam pelakon korea pulak dalam gambar ni

Kurang berkenan tang bawah tu, baju dah cute dah.. 


Cantik kan time ni?



Sekali pandang tak cam ni gambar lisa...

Pesal stokin dia warna tu ya? terserlah sgt...Tapi lisa nampak ayu



Pada peminat lisa klau tak puas tengok gambar-gambar lisa bleh usha-usha kat FB Istanbul Aku datang pulak ya, bukan setakat gambar lisa je gambar Tomok, gambar Beto Kusyairi dan gambar Aizat pun ada.

Okey la Daaaa!!!!

Ana : sesekali melayan dunia retis

4 comments:

  1. sekali lg sy tertipu dgn tajuk entry akak...ceit!hahahah...

    btw, lisa surihani mmg cute sgt la dlm citer nieh...tp dressing die cam nk wat filem korea laks..keh..?
    uhuks2...
    istanbul bkn ke mcm arab2 sket leh...keh...adalah sy x pernak gi istanbul, tp membayangkan istanbul adalah sebuah negara yg ade tanam pokok kurma..hihihi...

    ReplyDelete
  2. teringinnyaaa nak pergi istanbul...hehe..mesti dia berlakon jd remaja2 yg gila2 ke ni? baju cam bebudak jepun.korea kan kak

    ReplyDelete
  3. minat gak dengan lisa ni....
    dengar tajuk dah tau, citer ni mesti meletup punya..

    ReplyDelete
  4. memang lisa nampak comel dlm filem ni... pipi nampak tembam sikitkan...

    ReplyDelete