Kuih Talam Gandum Untuk Minum Petang


Antara kuih kesukaan saya, tapi nak membuatnya teramat la malas. Bila betul-betul teringin je baru merajinkan diri buat Kuih Talam Gandum ni. Tapi yang paling banyak makannya anak dara sorang tu, siapa lagi kalau bukan Safiyya. Suka sangat dia mengadap dan ulang makan lepas sepotong sepotong sampai rasanya separuh dulang tu dia saje yang makan.


Buat kali ni puas hati sebab boleh guna daun pisang sebagai alas dulang. Biar la pokok pisang baru tinggi paras peha sekalipun, janji daun pisang tu dah cukup lebar untuk dijadikan alas kuih. Ni la untungnya  berbudi kepada tanah, bila nak guna ambil sahaja. Jangan merajuk sudah pokok pisang tu.
Abaikan latar belakang yang ber"mural" conteng-contengan tu ya!

Kali ni memang tak boleh nak kongsi resepi sebab main hentam saje, tak sukat-sukat langsung cuma boleh kongsi bahan-bahan yang digunakan untuk  membuat kuih talam gandum ni ialah, tepung gandum, gula merah, gula pasir dan air untuk bahagian bawah. Tuk bahagian atas pulak cuma guna santan, sedikit tepung gandum dan sedikit garam sahaja. Ni my mak punya stail la, lain orang lain cara dan bahan yang digunakan tul tak?

6 comments:

  1. assalam ana..acik pun suka kuih tlama ni..memang sedap..kena pulak dengan bahagian atas dia yang lemak2 tu.

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana berani mencuba dan post di sini. tabik.

    ReplyDelete
  3. salam kenal, selamat tahun baru 1433 h.

    ReplyDelete
  4. kuih tradisional camni memang sedappp..

    ReplyDelete