Result UPSR Vs. Demam


Semalam keluar keputusan peperiksaan UPSR, so camna pada yang ada anak , adik or sedara mara yang ambil keputusan semalam?

Kat rumah ni pun ada yang berdebar menanti keputusan UPSR mengalahkan budak-budak yang nak ambil keputusan. Terutama sehari sebelum keputusan diumumkan , iaitu pada hari rabu tu dah dapat sedikit berita yang mengatakan ada 10 orang sahaja yang berjaya dapat 5A. Bertambah-tambah debaran la dihati my hubby. Serba tak kena jadinya pagi semalam sementara menanti keputusan penuh sampai ke tangan. Kihkihkih gitu sokmo la, bukan setakat budak-budak, mak budak, cikgu cikgu pun turut merasa debarannya.

Tapi yang lagi dasyat, suami yang berdebar nak tahu keputusan peperiksaan UPSR, si isteri pulak yang sampai demam-demam. Kesian pulak kat hubby semalam kekononnya nak celebrates kejayaan mendapat keputusan UPSR yang menepati sasaran , tapi dek kerana si isterinya ni tetiba demam terpaksa la celebrates kat umah je ngan anak-anak. Si isteri langsung tak larat nak join sekali hanya mampu berbaring je.

Bila menyentuh bab keputusan UPSR ni, macam-macam boleh terjadi, mana yang target boleh dapat 5A tetiba tak berjaya. Mana yang langsung tak diberikan harapan tetiba boleh menyerlah pulak. Cam anak murid hubby ada 3 org yg diletakkan sebagai harapan untuk dapat 5A tak berjaya capai sasaran. Dah tertulis bukan rezeki mereka kan. Tapi salah seorang yang tak dapat 5A tu hubby plan nak buat rayuan untuk semak balik kertas jawapan tu. Tak pa la bayar sikit RM10.00 untuk double check mana tahu ada yg terlepas pandang.

5 comments:

  1. cikgu-cikgu pun berdebar ek..yelh,penunjuk prestasi mereka

    ReplyDelete
  2. kalau jadik mak bapa pulak taktau la berdebarnya camne..

    ReplyDelete
  3. Assalam ana..kalau anak yang yang upsr..macam mana pulak ye.
    sekarang ni pun dah demam..cepat baik ye ana..jangan lupa makan ubat..

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh..

    oh..boleh mintak buat semakan eh rupanya..baru tau..

    pada saya yg bukan seorg guru ni.. tak kisah la macam mana pun keputusan mereka..yg penting diorg belajar sesuatu..

    ReplyDelete