Widget Follower Google Friend Connect akan Di hentikan ?


Masa singgah kat blog Yus (~Blog Yus - Our Life~) tadi, terbaca entry pasal Widget Follower Google Friend Connect akan dihentikan / dimansuhkan. Rupanya dah tersebar luas jugak la berita pasal isu Widget Follower Google Friend Connect yang akan dihentikan perkhidmatannya oleh google  ni.

Memula baca tu ingatkan sekadar rumors semata tapi bila dah selidiki kat blog Official google Blog, memang sah dan sahih la Widget GFC tu akan di hentikan. TAPI bagi kita-kita yang guna blogspot ni dikatakan tidak akan terjejas sebab google hanya akan hentikan penggunaan GFC untuk pengguna selain dari blogspot/blogger sahaja. Sampai bila tu tak pasti la kan.


Bukan setakat GFC sahaja, ada beberapa produk google lain yang akan di hentikan perkhidmatan secara berperingkat. Bagi yang nak tahu lebih lanjut boleh baca kat entry "More spring cleaning out of season " di blog Official Google Blog ya. Kat bawah ni saya paste kan perenggan berkaitan perkhidmatan GFC yang akan dihentikan bermula 1hb Mac 2012 nanti ya.
Google Friend Connect—Friend Connect allows webmasters to add social features to their sites by embedding a few snippets of code. We're retiring the service for all non-Blogger sites on March 1, 2012. We encourage affected sites to create a Google+ page and place a Google+ badge on their site so they can bring their community of followers to Google+ and use new features like Circles and Hangouts to keep in touch.

Pada Non-Blogger sila la pertimbangkan untuk guna Google+ page pulak ya sepertimana yg dah disarankan kat dalam perenggan kat atas tu.

Ana : Kalau tak nak guna Google+ page , Facebook page pun boleh di guna pakai jugak (^_-)

2 comments:

  1. Ya kan Ana. Bila dah skodeng lama sikit pasal google1+ page tu, banyak persamaan dgn fb juga kan...

    tp tulah, yus ni takde fb page pun, kalau follower widget di mansuhkan, tak best juga..huhu

    ReplyDelete
  2. kelainan FB dengan Google+ ialah ianya lebih teratur. seperti FB semua rakan (walaupun bukan rakan) adalah rakan. Namun, google+ hanya rakan yang benar2 rakan akan diketahui sebagai rakan kita.(dimana ianya bertembung dalam "Circle").

    Memang susah untuk difahami, tapi google+ lebih tersusun dan tak berserabut macam FB(mungkin)

    ReplyDelete