Berkarya, berdakwah dengan lukisan kartun (doodle)


Dalam entry " Menjelaskan sedikit kekeliruan", saya ada sebut tentang sumber lukisan gambar kartun yang saya gunakan iaitu dari FB Rusydee Artz | Lukisan Dakwah.  Gambar lukisan dibawah merupakan satu diantara hasil karya yang amat menarik di mata saya. 

Pada saya dakwah melalui karya seni seperti lukisan atau doodle boleh menarik minat remaja. Bila ada golongan yang memulakan langkah berdakwah melalui doodle mahupun komik yang mengetengahkan unsur islam dalam karya mereka, diharapnya dapat mengalih tumpuan remaja-remaja dari melihat dan membaca komik jepun (anime / manga).

Jangan biarkan remaja kita terhidang dengan komik atau kartun dari luar yang mana kartun nya sedikit sebanyak boleh merosakkan minda anak bangsa kita. Perhatikan kartun anime / manga jepun atau kartun dari negara barat yang rata-rata menyajikan watak kartun yang berpakaian seksi dan berkelakuan tidak senonoh.

Diharap usaha berdakwah melalui doodle atau komik ini akan maju setapak lagi dengan terhasilnya komik-komik islamik yang boleh menandingi komik anime / manga. Semoga jugak makin ramai adik-adik remaja yang mengikut langkah menyumbangkan idea dan karya bagi memajukan lagi doodle atau kartun dakwah ini.

Berdakwah pun perlu kreatif dan mengikut peredaran zaman jugak kan?


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: 


"Sampaikan dariku walau satu ayat!"

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


4 comments:

  1. kalo kakyong pandai melukis ddodle ni pun nak juga mencuba utk tips anak2.. hehhe.. tp x reti la nak doodle nih..

    ReplyDelete
  2. salam.best nyr ble tgk.rse mudah tok muhasabah diri.

    ReplyDelete
  3. cantik gambar tu..mata yang sangat menawan..

    ReplyDelete