Biar Mimpi Sampai Ke Bintang : layan kan je la...


Tak de angin tak de ribut boleh pulak my hubby ajak layan tengok cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang semalam.


hahahhaha ni gara-gara tak de internet semalam la ni, tak kisah la cerita ni pun ringan sahaja so kira okey la untuk ditonton.

Pada yang tak berkesempatan nak tengok cerita ni semalam dan teringin nak tengok cerita ni boleh aje. Just download sahaja cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang di link kat bawah ni:


Pelakon Utama:
Randy Panglila (Andy Rasputra)
Nurul Elfira Loy ( Alyah)

Sinopsis :

Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.
Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.



2 comments:

  1. ruginyer tak tengok....~~btw,best ker citer nih?

    ReplyDelete
  2. Sempat jugak layan cerita ni semalam..
    best!
    gabungan yang sweet2 gitu..paling sweet sebab hero hensem bangat! hehe..

    salam kenal :)

    ReplyDelete