Boboiboy : Episod akhir Hari ni (25hb Dis 2011)


Tonton Boboiboy episod akhir di entry " Tonton Boboiboy Episod Terakhir "


Ainul suka tapi takut time tengok cerita Boboiboy ni. Kalau tengok mesti nak duduk atas riba mama. Tak pun tengok sambil berpeluk ngan mama, mula la tertilik-tilik nak menengoknya. Kalau letak dia atas lantai , dan mama cuba lari memang cepat je dia nak dapatkan mama semula. Kekadang menangis pun ya, tah apa yang dia takutkan pun tak tahu la.

Hari ni khabarnya episod terakhir bagi musim ni. Sekejap je dah nak habis, dalam FB Boboiboy, ada buat vote untuk undi samada nak diteruskan atau tidak dengan musim baru. Kalau korang camna, nak diteruskan atau tidak dengan musim terbaru. Anak-anak saya si Safiyya dan Rifqi minat sangat ngan Boboiboy ni sampaikan biskut pun nak beli biskut ada gambar Boiboiboy tu.






No comments:

Post a Comment