Cik Anon dan kita!


Pernah disapa oleh cik anon a.k.a anonymous ? 

Rasanya ramai yang menerima komen dari cik anon tak kira la berupa komen Spam , komen yang membina , komen yang simple , komen biasa dan tak kurang jugak komen pedas kan?

Wajah disebalik cik Anon ni pelbagai. Mereka menggunakan identiti yang sama TAPI punya tujuan yang berbeza. 

 
Jika mendapat komen yang pedas, komen yg berbaur kebencian, komen dengan nada marah, menunjukkan ketidak puasan, adakah kita akan cepat melatah? means membalas komen tersebut dengan cara yang sama?

Jika ya jawapannya, kita dan dia tiada bezanya. 

Ingatlah sedangkan hati sendiri pun belum tentu kita dapat puaskan inikan pula hati orang lain. Jika mereka tidak suka dengan apa yang kita lakukan, tidak semestinya kita berada di pihak yang salah , selagi apa yang kita lakukan itu tidak bercanggah dengan hukum Allah dan kita yakin kita berada dijalan yang benar, teruskan. 

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.

9 comments:

  1. tehaa pun ada story pasal anon nie.
    jom komen sesama :D

    http://tehaalarh.blogspot.com/2011/09/surat-untuk-anonymous-anon.html

    ReplyDelete
  2. blm dapat lagi komen2 pedas dari cik anon...

    ReplyDelete
  3. :) saya pun belum agaknya...hehehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah dpt lagi komen anon..tak cukup glamer lagi kot..heheh

    ReplyDelete
  5. an..tq..acik suka.bab yang last tu.

    ReplyDelete
  6. pnah dpt komen dr anon tp biase2..xpenah kene pedas2 :P

    ReplyDelete
  7. setakat ni tak pernah dapat komen2 yang negatif dari Cik Anon :)

    ReplyDelete
  8. setakat ini belum lah lagi dpt komen pedas sampai terasa nak 'melompat'.. hehheh..

    ReplyDelete
  9. CIK ANON tu anonymous..hehe baru tau... ^_^

    ReplyDelete