Ciri-ciri Lelaki dayus dalam islam


Pernah tak suami korang tegur cara pemakaian korang means baju or seluar yang tak kena dan tak mengikut maksud menutup aurat yang sebenarnya?

Saya pernah!!!

Yup saya memang pernah di tegur dan saya gembira dan bersyukur suami tegur penampilan yang di mata dia tak kena. Biar la dia tak romantis macam Seth Tan (Nora Elena) sekalipun atau tak berapa nak ingat cerita zaman belum kahwin dulu, asal dia mahu tegur apa yang tak betul dah berbunga dihati.

Ya la kita ni kan manusia biasa kekadang kalah jugak dengan bisikan-bisikan halus ditelinga yang membisikkan ayat "ala tak pa pakai seluar jeans tu, ketat sikit kat bahagian peha je bahagian atas lutut ke bawah kan besar, lagipun pakai long sleeve cardigan tak perasan sangat la ketat kat peha tu" . Kalau selama ni pakai seluar jeans tu dengan baju labuh sampai ke lutut, tapi dek kerana bisikan halus just pakai t-shirt biasa dengan cardigan yang boleh menampakkan jeans ketat dibahagian peha. Jika suami tak tegur, isteri akan mudah hanyut dan menganggap berpakaian sebegitu tak menjadi kesalahan. Bila dah ditegur bermakna suami prihatin dan sayangkan isteri tul tak?

Okey la berbalik pada tajuk entry , Ciri-ciri Lelaki dayus dalam islam ni saya CnP dari FB Ustaz Zaharuddin.net. Untuk lebih detail boleh baca kat web Ustaz Zaharuddin.net di entry Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?.

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

5 comments:

  1. adoi......
    camtu ye.....ramailah camni...hehehehe

    ReplyDelete
  2. alamak, pergi buat rawatan biasa dengan doktor lelaki pun kita laki kita dayus ya....

    ReplyDelete
  3. menjadi lelaki bukan senang kan.. tanggungjawab besar ^_^

    ReplyDelete
  4. buat rawatan doktor tu payah sket ni kat sini..kena bgitau husben gini..

    ReplyDelete
  5. Ssh jgak sbb majoriti rakan sepejabat adalah llaki..ada jgak rasa berdosa tp klau tak kerja lagi la tak cukup duit.

    ReplyDelete