Definasi pelukan bagi suami dan isteri berbeza ?


* Entry hanya bagi yang dah berkahwin ya, si bujang teruna atau dara duk jauh-jauh (^_-)


Terbaca status di wall FB Dr Zubaidi Hj Ahmad berkaitan isu pelukan dikalangan pasangan suami isteri, menurut Dr. Zubaidi :
  • Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. (ehem betul ke? any comments wahai lelaki yang bergelar suami?)
  • Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan (Betul ke definasi korang macam ni wahai makhluk yang bergelar lelaki?)
  • Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. (Setuju!setuju! kan? kan? kan?)
  • Wanita boleh merasa kurang bersemangat bila suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. ( 100% setuju , korang? )
  • Dari segi physiologi  ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan bersemangat dan bertenaga bagi si isteri. (Pasni ada yang minta suami peluk hari2 kan?)
  • Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. (Tips berguna untuk yg bergelar suami)
  • Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. (Betulkan?)
  • Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. ( Setuju!!!!)
  • Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Kesimpulannya : wahai para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just need a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak kita tanpa diucap atau diluahkan.

10 comments:

  1. tak suka kena peluk tp entahlah memang rimas sangat kalau org peluk...heheheh

    ReplyDelete
  2. sangat lah betul.. hehe bila hubby bg hug rasa semangat jer nak teruskan hidup..suami saya agak konservatif bab tunjuk2 kasih sayang,tapi mak saya slalu bg petua agar byk berdoa dan amalkan zikir nama2 Allah spt 'ya latiff' dan 'ya rahim' agar suami lebih penyayang..

    ReplyDelete
  3. yeke??
    kalau isteri tak suka di peluk camne??
    hehehehe........

    ReplyDelete
  4. kalo isteri tak suka dipeluk tu mcm something wrong somewhere :p me memang dr awal kawen, amalam peluk cium sebelum pergi kerja.

    ReplyDelete
  5. time tido..selalu kena peluk..huhuhuuhu

    ReplyDelete
  6. betul2, pelukan suami buat kita bersemangat hari itu. Dan suami mmg peluk hari2 sebelum ke tempat kerja..:)

    ReplyDelete
  7. pelukan nakal2 pun boleh beri kebahgiaan sepanjang hari..heh..

    ReplyDelete
  8. tetiba rasa nak peluk hubby skang jugak...hehe...

    ReplyDelete
  9. kakyong x suka di peluk... ;)

    tp kalo anak2 mintak peluk harus lah diberi.. :p

    ReplyDelete