Donut Mulus : setelah lama tak men"donut"


Selepas berbulan-bulan tak men"donut" dan tah berapa kali anak-anak minta mamanya buat donut, dengan semangat nak cuba resepi baru makanya terlaksana la misi men'donut' semalam. Kali ni cuba resepi yang menggunakan Tepung Superfina dan Tepung Kanji Kentang pulak, Donut Mulus nama nya.


Kalau tengok rupa luaran, tak de beza dengan resepi donut yang lain. Dah namanya donut, tak lari dari bentuk bulat berlubang ditengah kan, lain la kalau buat bebola donut, tu sah-sah la bentuknya  bulat semata tanpa lubang ditengah-tengah kan?

TAPI , bila ada penggunaan Tepung Kanji Kentang dan Tepung Superfine tu, dah tentu la memberi sedikit kelainan pada rasa dan teksture donut ni. Kalau nak tahu camna rasa donut menggunakan gabungan 2 jenis tepung ni, tu korang kena try buat sendiri dan makan sendiri baru tahu bagaimana perbezaannya ya.

Okey la pada yang nak try bleh salin resepi kat bawah ni:

Donut Mulus ( Tepung SuperFine dan Tepung Kanji Kentang)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

350 gram tepung Halus Superfine ( ros guna jenama BlueKey)
50gram tepung kanji kentang( ros guna jenama Bestari)
2 sudu besar susu tepung/skim milk ( x letak pun takpe)
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
150ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

5 comments:

  1. oo, apa komen ana sendiri, lebih sedap? kalau di suruh pilih, prefer resepi ini atau yang biasa?

    hehe, saja tanya, kalau lebih sedap, lebih teruja nak cuba..:)

    ReplyDelete
  2. wah ana, rajin nya..

    masih fail buat donut..
    tak betul lagi cara buat dough tu kot... huuhuuu...

    kalo ade breadmaker tu mesti best kan..

    ReplyDelete