Drama Gemersik Kalbu di Slot Akasia TV3


Tentang Dhia akan berakhir pada minggu ni kan. Next week bermula 2hb Januari 2012 , Slot Akasia TV3 akan menyiarkan drama Gemersik Kalbu yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Agaknya mampu tak drama ni  menjadi fenomena macam drama Nora Elena dulu?

Sumber : www.mejuez.com

Antara pelakon yang menjayakan drama ni ialah  Aqasha (Sufian) , Ayu Raudhah (Raihana) , Zain Saidin (Hisham) Anzalna Nasir (Tasha) , Fazreen Rafi , Dian P Ramlee , Farahdhiya, Khatijah Tan dan Watie Sadali.

Pernah baca novel Gemersik Kalbu hasil karya Anis Ayuni (terbitan ALAF21) ni, tapi tak berapa ingat jalan ceritanya camna. Mungkin bila tonton cerita ni nanti boleh refresh balik kot.





Sinopsis cerita ni:
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?




10 comments:

  1. dah lama tak nampak ayu raudhah berlakon kan. Mesti best ni...:)

    ReplyDelete
  2. kena tunggu aaron aziz berlakon baru hit kot..heheh

    ReplyDelete
  3. :) macam best je.....

    tapi dah takde masa sgt nak tgk TV...hehehe

    ReplyDelete
  4. sekarang ni byk betul drama yg adaptasi dari novel kan...macam satu trend.

    ReplyDelete
  5. suruh aron aziz berlakon. confirm meletup walaupun cerita biasa2 aja. hahaha

    ReplyDelete
  6. wah cerita novel lagi.. ras macam penah baca zaman bujang2 dulu tapi dah lupa plak hehehe skang tak layan novel lagi sebab masa dah byk terluang dengan aktiviti lain ^_^

    ReplyDelete
  7. Ana..dah makin senang dah kan..tak perlu fikir idea baru..ambik je dari novel yang banyak tu.

    ReplyDelete
  8. sekali tgok mcm xbest....tapi skrg ni x bo nak tinggalkan 1 episod pun....suka tgok cr aqasha mengorat ayu raudhah....

    ReplyDelete