Guna Pakai butang "Send feedback" bila ada masalah dengan blogger


Pernah tak korang berdepan dengan sebarang bentuk masalah dengan blog? Contoh cam page view tak keluar ke, statistik kosong , tak boleh nak tulis entry atau apa-apa je la. Pernah?

Cam saya ada beberapa kali jugak berdepan dengan masalah tertentu. Selalunya saya akan terus report masalah tu ke google, biar diaorang yang settle kan. Dan selalunya jugak tak lama lepas send report tu masalah dah tiada. Tak payah nak pening2 kepala cari solution nak betul kan masalah tu, google dah sedia perkhidmatan , make use ja la kan.

Dek kerana mudah dan senangnya nak hantar report tu yang gatal je tangan ni, even masalah yang tak mengganggu nak type entry seperti masalah kat bahagian stats tu kosong tak de apa-apa figure pun terus je hantar report. Hehhehe

Nak tahu camna caranya? Eh ke korang dah tahu?

Tak kisah la korang dah tahu sekalipun, tetap nak kongsi jugak cara-cara nak hantar report ke google ni ya.

Caranya :

1. Tekan butang send feedback (if korang guna interface blogger yang baru butang tu ada dkt bawah sebelah kanan cam dalam gambar ni ya)


2. Tunggu dia loading untuk capture page kita yang bermasalah tu

3. Tulis la masalah korang kat ruangan "Describe the problem" tu:

4. Dah siap tulis masalah korang tekan butang preview, nanti akan terbuka tab baru cam kat bawah ni:

5. Kalau berpuas hati , tekan je butang " Send feedback to Google'' , bila dah keluar comfirmation message, maknanya selesai la sudah send report kita.

Mudah je kan?

2 comments:

  1. oo Ana guna blogger interface yang baru ni ya. Saya hari tu guna seminggu je lepas tu ubah balik ke asal.

    entah kenapa tak suka pulak..hehe

    kalau interface yang lama ni, tak nampak je butang send feedback tu kan...

    ReplyDelete