Kek Karamel Chiffon Rose


Buat lagi kek Kek Karamel chiffon ni, tapi kali ni letak esen rose gara-gara esen vanilla kehabisan stok, so jadilah Kek Karamel Chiffon Rose.


Untuk kali ni letak 2 warna sahaja pink dan oren.


Kat bawah saya sertakan resepi sekali pada yang teringin nak buat. Actually pernah dah letak resepi kek ni di entry Kek Karamel @ Kek Kastard Chiffon. Tapi tak pa la letak sekali lagi, sebab last entry cerita pasal ke ni hari tu ada yang bertanyakan resepi dan cara nak membuatnya.

Kek Karamel @ Kek Kastard Chiffon
Sumber  : Mars & Family

Bahan A: - Lapisan gula hangus
60 gm (3/4 cwn) gula - mak guna 2 sudu besar je

Bahan B:- Lapisan Kastard
75 gm(6 s.b) gula halus
220 gm (1 cwn) susu cair - kalau nak tebal, mak guna 1 tin
3 biji kuning telur
10 gm(1 s.b) tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan C: - Lapisan Kek Chiffon
100 gm (1 cwn) tepung naik sendiri - boleh tambah 20gm lg
45 gm (4 s.b) gula halus
35 gm (1/4 cwn) minyak jagung
2 biji kuning telur
1 s.k esen vanilla
95 gm (1/2 cwn) air

Bahan D:
160 gm (5 biji) putih telur
¼ sudu kecil krim of tartar - mak tak guna pon
45 gm (4 s.b) gula halus


Cara membuatnya:
  1. Hangitkan gula dalam tin/loyang berukuran 22cm x 22cm x 4cm dengan api perlahan sehingga perang & hancur kesemuanya dan sejukkan.
  2. Campurkan kesemua bahan B & gaul hingga sebati & rehatkan sebentar.
  3. Campurkan kesemua bahan C & gaul hingga sebati, halus & lembut.
  4. Dalam mangkuk lain yg bersih & kering, pukul bahan D hingga kembang & ringan(soft peak). Kemudian masukkan C kedalam D & kaup balikkan perlahan2 hingga sebati semuanya.
  5. Tuangkan adunan kastard(B) ke dalam tin gula hangus tadi, kemudian tuangkan adunan kek chiffon(C+D) ke atas lapisan kastard perlahan2.
  6. Letakkan acuan kek ke dalam dulang yg berisi air ½ inci. Letakkan dlm oven & bakar dgn suhu 180°c selama 45 minit/sehingga masak(kaedah double boiling).
  7. Bila masak, keluarkan dari oven & kena keluarkan kek ini ketika masih panas.
  8. Caranya.. gunakan spatula/pisau utk longgarkan tepi kek dari acuan & terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan. Lapisan karemel/kastard akan berada diatas.

No comments:

Post a Comment