Kek Kastard Pandan


Projek membaking petang tadi, asyik kena perli aje:

 " mama , telur banyak abang beli tu bila nak buat keknya.." . 

Makanya sedari lepas siap masak tuk makan tengah hari duk la bertapa kat dapur. Dah lama rancang nak try buat Kek Kastard Pandan, link resepi yang nak dicuba pun dah lama di bookmark. So ni la hasilnya:



Agaknya kan sebab tak ikut selera tekak si tukang beli telur yang nak makan kek karamel, makanya kek kastard pandan yang dibuat tak berapa nak dapat sambutan. Hmmm...so moral of the story tak yah la nak eksperiment try buat kek lain dah pasni, kalau nak kek yang dibuat habis sekelip mata (^_-)


Kek Span (Sumber : Sweet 4ever)
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
tepong super fine - 150 gram
gula kastor - 150 gram
telor - 5 biji telor A
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
air daun pandan - 80ML
minyak / mentega cair -80ML
pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara
  1. S[atukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) 
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius. Guna api atas dan bawah. 
  5.  Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit.

Lapisan Kastard (Sumber : sweet 4ever)
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
bahan (A)
gula kastor -180gram
air daun pandan - 500ML
serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
bahan (B)
santan pekat - 400ML
tepong hoen kwee hijau - 85gram
pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara
  1. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  2. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  3. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.

Cara membuat kek kastard pandan
  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan 
  2. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  3. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. 
  4. Tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya 
  5. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  6. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, 
  7. Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk  
  8. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda

2 comments:

  1. selalu camtu kan kak..kalo yg tk diminat sure tk dpt sambutan..hihi

    ReplyDelete
  2. nampak menarik dan sedap ni :) boleh try esok-esok.,..

    ReplyDelete