Kerana satu titik hitam....


Bila terbaca gosip yang melanda Penjaga Gol Pasukan Bola Sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, teringat pada status FB Dr. Zubaidi
"Tanda kita fanatik dan melampau, ialah apabila kita menjadi "double-standard" pada memberikan penghakiman. Kalau org yg kita benci, semuanya salah.Kesalahan mereka diperbesar-besarkan. Bila orang kita sayang melakukan kejahatan secara terang, kita sentiasa merasakan 'ok' saja. Ada susut-sudut kebaikan yang kita lihat dari kejahatan itu. Bila pemain bola yg saya kagumi bakatnya, dicanang keburukan, saya segera tutup mata dan telinga. Saya bukan fanatik, atau 'double standard' tapi saya tidak mahu bersangka buruk. Biarlah tuhan yg menjadi hakim..bukan saya yg banyak dosa ini.." 
Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Semakin naik namanya semakin banyak gosip yang keluar. Mungkin pada peminat fanatiknya , kesemua gosip tersebut hanya di pandang sepi. Tapi pasti ada juga segelintir yang terus membuat kesimpulan; " ala baru jadi penjaga gol utama dah hanyut dengan populariti", "adat la orang dah popular, mesti dikelilingi perempuan"

Begitu la kejadiannya manusia cepat menghukum seseorang hanya kerana satu kesalahan yang belum pasti kesahihannya dan tidak tahu hujung pangkal satu-satu perkhabaran itu. 

Cuba kita muhasabah diri kita sendiri:
~ Adakah kita juga tergolong dalam kategori menilai hanya dari satu sudut sahaja? 
~ Wujudkah istilah memberi "peluang kedua" dalam diri kita? 
~ Mampukah kita memaafkan dan melupakan satu2 kesalahan yang telah orang lain buat?
~ Bagaimana pula sekirannya kita yang melakukan kesalahan, bolehkah kita memaafkan diri kita sendiri?

"Dek kerana satu kesalahan tertutup semua kebaikan yang pernah  dan sedang dibuat" Berbaloi ke?






7 comments:

  1. betoi2 kena ingatkan diri sendiri jugakkan... kita manusia biasa... ada masa kita tidak berfikir dengan matang...

    ReplyDelete
  2. mmg biasa mcm tu.... bagus utk renungan bersama

    ReplyDelete
  3. tu le hakikat kehidupan.
    saya selalu dilanda dilema ni

    ReplyDelete
  4. kdg2 org mudah menilai yg buruk, tanpa mahu menerima kebaikan..

    harus selalu ingatkan diri, jgn mudah menghakimi kesalahan org lain.. sbb kita pun selalu buat byk salah.. kan

    ReplyDelete