Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat


Sekadar perkongsian bukan nak mengajar sesiapa atau nak memburukkan orang lain. Bagi saya tiada manusia yang sempurna, semua orang ada melakukan kesilapaan tidak kira secara sengaja atau tanpa sedar,. Sentuh bab menutup aurat, saya sendiri masih cuba memperbaiki diri. 

Setiap manusia ada peringkat-peringkat kesedaran atau ilmu berkaitan menutup aurat ni. Ada yang diluar rumah memang bertudung elok tapi bila di rumah sendiri dihadapan ipar duai atau sepupu lelaki,  aurat tak terjaga. Banyak faktor terjadinya hal sedemikian, antaranya cetek ilmu berkaitan pengertian aurat yang sebenar, tidak tahu hukum aurat bila bersama orang luar plus keliru siapa mahram dan siapa pulak yang dikatakan bukan mahram

Dibawah saya CnP dari FB Ustaz Zamri berkaitan isu Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat untuk dijadikan panduan memperbaiki diri kita.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 



Ana : Belajar itu tidak akan pernah habis selagi belum ajal menjemput. Orang kata belajarlah dari kesilapan dan perbaiki diri untuk menjadi yg lebih baik. Jika sekarang kita cetek bab hukam agama takkan kita nak jadi "bodoh sombong" dengan terus berada dalam kecetekan.

3 comments: