Laksam : Selepas lama tak membuatnya


Menu sarapan pagi tadi :

Homemade Laksam
Punya la lama tak buat sendiri Laksam, sampai dah tak ingat bila kali terakhir buat. laksam ni antara menu kesukaan kitaorang sekeluarga, tapi budak-budak ni ikut musim jugak, ada masa Safiyya yang paling banyak makan, masa lain pulak Rifqi yang beria-ria makan sampai berulang makannya.

Tuk laksam ni saya guna resepi dibawah:

Laksam
(Sumber : Majalah Rasa)

Bahan-bahan
330gm Tepung Gandum
6 Sudu Besar Tepung Jagung
1 1/2 Liter Air
Garam Secukup Rasa

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau rata.
  2. Biarkan / rehatkan setengah Jam
  3. Sementara itu sediakan pengukus di atas api
  4. Sapu sedikit minyak pada loyang dan letak loyang dalam pengukus
  5. Tuang dua senduk (atau ikut kelebaran loyang) adunan tadi.
  6. Kukus Sampai agak keras & tidak berair
  7. Keluarkan dan tunggu suam baru digulung


Kuah Laksam
(Sumber : Yani My Resipi)

Bahan-bahan
Ikan(direbus,dibuang tulang)
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula

Cara Memasak:
  1. Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. 
  3. Masak sehingga agak pekat.

Bahan Ulaman :
- Timun,
- Kacang panjang,
- Taugeh,
- Daun kesum(dipotong halus)
- Lada / cili tumbuk bersama sedikit garam

1 comment:

  1. salam. . .ble tahu, majalah apa yang anda rujuk???

    ReplyDelete