Lunch dengan Nasi ayam Ipoh


Dah Lunch?
Menu apa lunch tadi ?

Kita orang pekena Nasi Ayam Ipoh homemade je. Semalam hubby request nak makan nasi ayam, so hari ni ke pasar la beli bebahan tuk buat nasi ayam ni. Ala bukan beli apa sangat pun, setakat pergi beli ayam je pun. Lagi pun nak buat nasi ayam ni tak perlu bahan yang cerewet sangat kan?


Ada ke yang tak tahu or tak pernah buat nasi ayam?

Sebelum ni memang saya tak berani nak try buat, risau tak menjadi plus rasa cam cerewet je nak membuatnya. Walau keinginan nak membuatnya tinggi tapi tetap tak buat-buat jugak sampai la bulan oktober hari tu baru memberanikan diri mencuba. Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Bila dah beberapa kali buat, rasanya tak de la susah mana pun buat nasi ayam ni, buat rugi je tak try buat sendiri.

Tuk nasi ayam ipoh ni saya guna resepi kat bawah ni, pada yang nak try buat jugak boleh la tengok bahan-bahan dan cara membuatnya, mungkin ada sedikit kelainan dari yang biasa korang masak. TRY la pasti tak mengecewakan!!!


NASI AYAM IPOH
resipi : Quinnie Myr
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

4 comments:

  1. sedapnye..tadi makan mee bandung je..rase xbrape nak sedap tp alhamdulillah kyg juga..:)

    ReplyDelete
  2. oo.. ni resepi msk sndri ye.. igtkn ade tmpt nsi aym best kat ipoh ni. hehe.

    ReplyDelete