Malu bertanya sesat jalan!


Tak semua orang ada Facebook dan ada juga yang tak suka nak layan youtube, tul tak?

Saya pun ada sisi gelap facebook dan youtube yang saya amat tak berkenan, tapi tu tak bermakna saya terus menolak dari menggunakan kedua-duanya. Dan sememangnya saya adalah pengguna Facebook dan Youtube yang tak berapa nak tegar , TAPI saya akui  hampir tiap-tiap hari saya akan buka Facebook dan paling kurang  2 kali seminggu pasti akan layan youtube.

Apa yang saya suka pasal facebook & youtube?

Saya suka baca(facebook) dan tonton(youtube) pertanyaan orang berkaitan hukum agama kepada tokoh-tokoh agama. Kekadang persoalan yang diutarakan tu simple sahaja dan ada jugak yang kita tak terfikir pun nak tanya. Biasa la kan manusia ni EGO rasa diri serba tahu padahalnya tak reti dan tak tahu camna nak ambil tahu, juga perasaan malu menguasai diri sampai tak terluah apa yang nak ditanya..

Gambar sekadar hiasan sahaja!

Zaman sekarang semuanya dihujung jari sahaja. Sampaikan jika ada sebarang kemusykilan berkaitan hal agama buka sahaja internet dan post sahaja persoalan di wall tokoh-tokoh agama tersebut, InsyaAllah ada yang sudi memberikan jawapan kepada kemusykilan kita tadi. Cuma perlu berhati-hati dan pastikan yang FB itu bukan "FAKE" punya ya.

So jangan sesekali malu untuk bertanya kerana Malu bertanya boleh sesat jalan jadinya.

TAPI kekadang even dah bertanya pun masih boleh sesat jugak if kita bertanya dekat orang yang salah yang kurang arif tentang jalan yang kita nak pergi tu. So pandai-pandai la korang cari siapa yang korang nak tanya arah tu ya. Satu lagi beri perhatian bila mendengar tunjuk arah yang diberi, jangan sampai lain yang di terang lain pulak yang kita faham. Nanti tak pasal-pasal makin hilang arah kita jadinya. Ada faham?

3 comments:

  1. :) betul....

    jangan tanya sama pokok...hehehe

    ReplyDelete
  2. Dalam hal berkaitan agama, memang perlu double, triple confirm apabila membuat rujukan di internet. Saya lebih gemar medium TV dan radio(selalunya Ikim FM).

    ReplyDelete
  3. betul tu! sokong 200% hehehe.Sy lebih suka refer buku agama atau internet kalau nak buat rjukan .tapi pastikan sumbernya betul larhh ;)

    LATEST ENTRY : Meet Lisa Surihani (Ombak Rindu)at TGV Wangsa Walk

    ReplyDelete