Merlin Season 4 di Ch 702


Ada sesiapa yang turut mengikuti cerita Merlin dari season 1 hingga season 3 ?

Tak lama lagi sambungan Merlin akan mula ditayangkan. Ikutkan saya bukan nya minat sangat dengan cerita ni tapi, sebab dah tengok 3 season sebelum ni, perasaan nak sambung tengok season baru tu pasti ada. TAPI rasanya keterujaan nak tengok tu sekadar teruja time tertengok iklan promo cerita ni je kot.

Kebiasaannya tak kira la cerita apa pun, bila tengok promo nampak cam menarik je, set dalam kepala nak tengok cerita tu. Tapi bila sampai hari dan waktu cerita tu ditayang kan mesti tak tertengok. Terlupa la, ada hal nak di buat la, clash ngan rancangan yang hubby nak tengok la, pendek kata macam-macam hal la.

Tuk season 4 ni, jadual tayangan cerita ni pada setiap hari isnin pukul 9 malam di chanel 702 DIVA universal.


Tapi dah ada yang tengok online or download cerita ni kan?  pada yang dah tengok season 4 ni camna best tak?

Bagi yang nak tahu sinopsis untuk setiap episod iaitu dari episod 1 hingga episod 13 boleh baca kat sini. Kalau nak tengok online korang google je la eik, nanti jumpa la link yang boleh tonton secara online.




2 comments:

  1. tak mengikuti citer ni sangat, sekali sekala aje tertengok yang kat tv tu punya dulu...huhu

    ReplyDelete
  2. sya mengikuti merlin dri s1 ampe s4

    ReplyDelete