Minyak Masak : Tiruan atau berjenama tetap ada keburukannya


Minyak pun ada yang tiruan ke?

Tiruan disini bukan la merujuk kepada minyak yang dihasil dari bahan kimia or yang sewaktu dengannya. TETAPI , yang dimaksudkan dengan minyak tiruan disini ialah minyak masak biasa  yang telah digunakan dan kemudiannya diproses semula untuk dijadikan minyak masak dan dijual semula dengan harga murah.

Sumber :  Citchatapai

Selain diproses dan dijual terus sebagai minyak masak. Ada sesetengah pengilang menyampurkan separuh kandungan minyak yang belum dimasak (asli) ke dalam minyak masak terpakai sebelum dijual. Tujuannya adalah untuk mengaburi pengguna supaya minyak ini kelihatan seperti minyak masak masak biasa.

Dari mana pengilang ambil stok minyak2 tu semua?
Dengar khabarnya Kebanyakkan minyak-minyak tersebut dibeli oleh pengilang dari restoran-restoran, hotel-hotel dan sebagainya melalui orang tengah dan seterusnya diproses dan dipek semula mengikut permintaan peniaga.

Kalau nak cerita bab bahaya atau keburukannya, usahkan minyak tiruan minyak biasa yang berjenama yang kita biasa guna tu pun sama je bahaya dan banyak je keburukannya jugak (if kita tak bijak menggunakannya la). Tuk tahu apa bahaya guna minyak yang berulang kali boleh tengok dan baca kat keratan artikel dibawah:



Sumber :  Syafique's

Korang perhati tak, peniaga goreng pisang ke keropok ke yang menjual kat pasar malam or kat tepi-tepi jalan tu, kebanyakan dari diaorang guna minyak dalam plastik tu je kan? 


Satu lagi (bukan nak bersangka buruk ya) agak-agak korang kan berapa kali diaorang recyecle minyak tu tuk goreng pisang/keropok or ayam/nugget tu semua?


Cuba lepas ni korang perhati dalam minyak gorengan tu minyak tu berwarna apa? kalau dah nampak gelap or hitam dan pisang atau nugget yang diaorang jual tu dah nampak macam serap minyak, elok la difikir dulu samaada nak beli atau tidak.


Jangan gadaikan kesihatan kita hanya kerana teringin nak makan goreng pisang. Sesekali mungkin tak pa, tapi kalau sepanjang hidup kita terbiasa beli makanan yang belum tentu sempurna dimasak dengan minyak yang betul camna tu?


Tepuk dada tanya diri. Kalau nak sihat seeloknya guna sekali sahaja minyak yang belum digunakan (original/berjenama) dan limit untuk guna semula minyak masak ialah 3 kali guna sahaja ya!!!!

3 comments:

  1. betul la kak..pasni kena usha2 dulu la kaler minyak dorang ni

    ReplyDelete
  2. sebaiknya.. home made lah semua... hehehhe.. & pandai2 jaga kualit masakan kita..

    ReplyDelete