Mykad / kad pengenalan baru 2012


Selagi JPN tak wajibkan tukar kad pengenalan / Mykad , selagi tu tak terhegeh-hegeh nak pergi tukar. Tak pa la bagi peluang kat orang lain tukar dulu kan . Kalau semua berebut nak tukar pada awal tahun 2012 nanti mau sesak JPN. 


Pada yang berhajat ingin menjadi antara yang terawal memiliki MyKad berstruktur  baru boleh check tarikh kaunter dibuka untuk pertukaran Mykad bagi setiap JPN Negeri :
  • JPN PutraJaya & JPN Shah Alam - 3 Januari 2012
  • JPN Kluang & JPN Ipoh - 10 Januari 2012
  • JPN Johor Bahru - 14 Januari 2012
  • JPN Kuantan - 15 Januari 2012
  • JPN Melaka - 17 Januari 2012
  • JPN Kuching dan JPN Kota Bharu - 20 Januari 2012 
  • JPN Kuala Terengganu dan JPN Pulau Pinang - 29 Januari 2012 
  • JPN Alor Setar -  2 Februari 2012
  • JPN Miri - 6 Februari 2012
  • JPN Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain - 7 Februari 2012
  • Cawangan di Wilayah Persekutuan - 15 Februari 2012

Antara ciri - ciri Keselamatan dan rekabentuk MyKad berstruktur baru ini ialah :
  • Diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan 
  • Menggunakan cip baru yang lebih bertahan. 
  • MyKad baru ini juga mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.
  • Tidak mudah rosak - ie dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini. 
  • Menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Sumber : BH Online , http://ohvideotv.com , http://hfzkhazali.blogspot.com

1 comment:

  1. utk perkongsian bersama,Mykad kita mempunyai 50 fungsi antaranya, touch n go, meps dan lain2,kan??..seiringnya dengan pengenalan mykad baru ini, JPN juga telah melancarkan 1 aplikasi fungsi mykad yang terbaru iaitu Affiliate Junction dengan kerjasama syarikat I Synergy sdn bhd dan juga MDeC.Dimana AJ ini akan memberi keuntungan kepada pengguna yang hnya perlu aktif mykad utk aplikasi ini secara PERCUMA dan pengguna bakal menikmati diskaun dan juga ganjaran mata apabila berbelanja dengan kedai2 yang terlibat dengan projek bantuan rakyat ini! sememangnnya memberi kelebihan dan keuntungan kepada anda,, jadi aktiflah mykad anda utk aplikasi ini dengan dealer2/affiliate yang berlesen. utk aktif secara percuma layari http://bismykad.blogspot.com/p/aktifkan-mykad-percuma.html
    *sila rujuk blog diatas utk ke laman rasmi JPN bagi bukti sokongan mereka.

    ReplyDelete