Pengguna facebook berisiko tinggi menjadi sasaran penjenayah


Kenapa Pengguna facebook berisiko tinggi menjadi sasaran penjenayah ?

  1. Pendedahan maklumat peribadi di profile facebook seperti nama, nombor telephone, jantina, umur (tarikh lahir), alamat 
  2. Profile yang mudah diakses oleh umum, 
  3. Gambar yang dibuat untuk tatapan umum (tidak restricted kepada individu atau group tertentu) , mudah didownload , di tag dan disebar.
  4. Sentiasa update status, dimana berada, aktiviti yang dilakukan dan sebagainya
  5. Mudah menerima permohonan "rakan" daripada kalangan orang yang tidak dikenali (tidak meneliti terlebih dahulu identiti pemohon)
  6. Terlalu terbuka, menerima permohonan dari warganegara asing
Antara jenayah yang melibatkan pengguna facebook ialah:
  1. Penipuan/pemalsuan identiti
  2. Gangguan termasuk ganguan seks
  3. Peras ugut
  4. Kehilangan wang (akibat termakan pujuk rayu)
  5. penyeludupan dadah
  6. dan sebagainya
Bukan itu sahaja ada juga kes yang melibatkan profile peribadi beserta gambar individu terbabit diambil untuk digunakan. Pencuri indentiti tersebut mungkin akan membuka akaun facebook yang baru menggunakan profile dan gambar yang dicuri tadi, malah ada juga yang menggunakan identiti yang dicuri untuk membuka blog/website dengan tujuan yang tidak baik.


Ana : Berhati-hati jangan terlalu dedahkan maklumat peribadi kita di internet!!!

No comments:

Post a Comment