Puding Roti Dengan Sos Coklat



Kes nak perabih roti sebelum tarikh luput. Kat rumah ni kalau tak de kaya atau jem memang tak laku la roti kosong camtu je. Kebetulan pulak margerin pun dah tak de dan time beli roti tu boleh pulak terlupa nak membeli kaya atau jem sekali.

Hari tu dah buat kuah tuk dibuat cicah. Kali ni cuba buat Puding pulak, ni boleh kata gamble la jugak, sebab tak sure budak-budak ni makan tidak kalau dibuat puding. Abahnya memang tak layan puding roti nasib baik la bebudak tu makan, kalau tak jenuh mamanya nak menghabiskan.


Tuk percubaan kali pertama ni saya guna resepi kat bawah ni:

PUDING ROTI 

Bahan2:
10 kpg roti ~ atau boleh guna lebihan roti
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip


Cara2:
Roti dipotong 4 dan susun ke dlm loyang yg dah disapukan butter.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Kalau masih ada butter yg berketul, biarkan aje.. nanti akan cair gak bila dlm proses membakar.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun ok gak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn aiskrim atau dgn sirap coklat.


SOS COKLAT by Jun JC

1-1/2 cawan coklat semi sweet
2 sudu besar butter
2 sudu besar madu
1/4 cawan cream atau susu cair
1/2 tsp esen mint atau vanilla

Masukkan semua bahan dlm double boiler dan masak hingga coklat cair dan smooth...curahkan atas kek yg telah disejukkan. 

1 comment:

  1. lama jugak tak buat puding roti.. sebabnya stok roti cepat jer habis nya..

    ReplyDelete