Roti Manis Doh Asas


Ni projek meroti last week, baru hari ni teringat nak publish. Roti manis ni menggunakan resepi roti doh asas (Basic Dough) dari Kak Nor Secubit Garam. Memang lembut roti yang terhasil walaupun saya tak ikut sepenuhnya bahan-bahan yang digunakan, ala setakat tukarkan penggunaan butter kepada margerin sahaja, tak de la beza mana sangat pun kan (^_-).

Perlu pandai adjust suhu oven jugak tuk dapatkan kulit roti yang sempurna.
Saya fail lg bab tu (-_-)

Dari segi uli doh pulak, saya cuma uli dengan tangan sahaja. Ada satu petua kalau nak cepat doh yang diuli tu lembut, doh tu perlu diletak dalam plastik dan kemudian diramas-ramas tuk dapatkan doh yang lembut dan elastik. TApi saya cuma uli pakai sarung tangan plastik je, doh tetap cepat jadi lembut dan elastik.

Memang lembut roti yg terhasil guna resepi roti doh Asas ni, saya just tabur gula sahaja diatas roti tu.
Bagi yang nak cuba boleh tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat roti ni di bawah ya.


Roti Doh Asas
Kak Nor Secubit Garam


380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening


Kaedah menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susun atur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  16. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

3 comments:

  1. wah makin rancak meroti ^_^ dari pemerhatian sy apa2 roti yang guna water roux jarang yang tak lembut.. sy ada wat roti guna water roux dan tanpa water roux ternyata yang guna water roux super soft hehehe

    ReplyDelete
  2. amboi..putih bersih roti dia..hehe

    xpe..baru belajar mmg camni..at least dh de gak mencuba..sy ni asyik peram resepi je..malas nak uli sbb xde bread maker..hehe

    ReplyDelete
  3. water roux tu apa?nk beli kat mana?

    ReplyDelete