Salinan Fotostat Borang Permohonan BR1M : boleh ke tak boleh ?


Semalam dalam entry "Salinan Fotostat Borang Permohonan BR1M tidak diterima" Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husein dalam siaran akhbar (Rujuk Mstar online, 16hb disember2011) berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan untuk mendapatkan bantuan RM500 melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemohon perlu terlebih dulu mempastikan borang permohonan yang hendak diisi adalah asli.

Dalam satu siaran akhbar (Rujuk Berita Harian Online, 17hb disember 2011) Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata , Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan. "Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," 




Kesimpulannya, kalau mudah nak download, download sahaja di link   http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf. tak pun guna sahaja borang yg asli , tak yah pening2 kepala sekejap tak boleh sekejap boleh.

1 comment:

  1. timb menteri & menteri beri statement berbeza.. jd statemnt menteri lah yg lebih diterima kan....

    bikin keliru jer ..

    ReplyDelete