Technician TM : Bagai pahat , asyik nak diketuk saje



2 hari tak bersiaran gara-gara line tenet tak de. Petang rabu buat laporan pagi ni baru technician TM nak tunjuk muka datang baiki line telephone+tenet. Kiranya selepas 5 kali duk ulang call customer service TM di line 100 guna handphone, plus hantar e-mail ke customer service baru la si Technician nak buat keje.

Yang buat sakit hatinya, call kali ke-2 pada pagi khamis (semalam) customer service kata technician dah datang baiki dan line dah okey . Kalau betul dah datang baiki takkan la line still tak okey jugak lagi. Pastu call kali ke-4 lewat petang semalam boleh pulak diaorang buat alasan bodoh kata ada laporan kerosakan di"pencawang" telekom Jerantut so technician tak boleh datang baiki sehingga 25hb nanti.  Apa kaitan la pulak rosak kat Jerantut effect kat Jengka, padahalnya jiran kat sebelah rumah ni elok je line tenet dia. alasan tak masuk di akal sungguh.

Hubby malas nak lepas geram kat customer service sebab tak de guna juga, diaorang setakat ambil report dan hantar report ke cawangan TM yang terdekat.  Pagi tadi hubby call buat kali yang ke-5 sekali dengan E-mail report ke bahagian customer service. Tak lama pastu datang la Si Technician tu nak check dan baiki. Cheh tak sampai 15 minit dah settle problem, bukan susah sangat pun saje nak buat orang tertunggu-tunggu je.

Dan tak lama pastu dapat call dari TM Kuantan tanya problem dah settle atau tidak. Pandai pulak la diaorang nak ambil berat lepas orang dah desak banyak kali. Ni la masalah ngan service kat Malaysia ni nak kena ketuk baru la service nak jalan.

Kesimpulannya, pasni kalau ada kerosakan lagi, kena call setiap 1 jam kot baru cepat diaorang datang check dan baiki kerosakan tu kan?


3 comments:

  1. tensen kan kalo camtu kak...asik nak kena follow up jeee

    ReplyDelete
  2. memang begitulah.. kdg2 alasan tak munasabah..

    ReplyDelete
  3. lg teruk tmpt sy da msuk 4hr ni x dpt on9,tpksa guna broadband..tp bil ttp jln..sma la alasan dorg pencawang rosak n sdg d baiki..sdg d baiki or nk bina pencawang bru smpi ambil amsa bhari2..sengal d buatnya.hmpir tiap jam kol TM..kata tggu2...smpi bla la nk tggu..btl2 sengal... ~.~"

    ReplyDelete