Tonton Kunfu Panda lebih baik dari tengok Ombak Rindu


Ada yang sentap ke dengan statement dari Ustaz Hasrizal dibawah:
Adik-adik, tontonlah Kungfu Panda, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalam nya tiada ‘Muslim’, tetapi ada banyak Islam. Jangan layan Ombak Rindu, dalam itu ada Muslim, namun tiada Islamnya
Bagi yg dah tengok Filem Kungfu Panda & Filem Ombak Rindu mungkin boleh nampak apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Hasrizal tu. Bagi yang tak tengok salah satu atau kedua-duanya sekali mungkin tak boleh nak bandingkan atau nak setuju dengan kenyataan di atas.



Pendapat saya?

Saya tak pernah tengok keduanya jadi "No Comment" . Cuma dari satu sudut mungkin ada benarnya. TAPI mungkin ada setengah orang berpendapat, satu2 filem tu hanya sebagai "hiburan" semata jadi  tidak perlu terlalu "skema".

Rasanya Malaysia belum mampu buat filem yang betul2 bergenre agama yang betul-betul menampakkan keindahan islam, yang mana ceritanya betul2 menampakkan cara hidup islam yang sepatutnya, percintaan cara islam, pergaulan cara islam, pemakain juga cara islam, bukan sekadar cerita berkaitan orang islam tetapi nampak kebodohan dan kelemahan orang islam itu sendiri.

Rasanya mana-mana peminat cerita Ombak Rindu jugak mungkin akan sedikit tersentap bukan setakat statement dari ustaz hasrizal sahaja dalam Utusan Malaysia, wartawan Ali Atan pun turut memberi ulasan yang kurang memihak kepada Filem Ombak Rindu dalam artikel bertajuk "Ombak Rindu Trajedi Murahan"

6 comments:

  1. betul tu kan.. kalo la ada filem2 yang betul2 menceritakan tentang keindahan islam, cara2 islam sebenarnya tentu ramai yang masuk islam..

    ReplyDelete
  2. kalau nak tgk cara yang sebenar tentang pergaulan dalam islam...sedikit sebanyak ada dalam drama nur kasih...bleh nmpak bagaimana mereka menjaga aurat mereka di kalangan org bukan muhrim...

    ReplyDelete
  3. sy da penah tgk ombak rindu... sy suka gak cite tu... kunfu panda lom tgk lg...

    tp asenye sy stuju dgn statement ustaz tu... =)

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya sudah menonton kungfu panda 1 & 2, dn boleh faham maksud ust hasrizal. Tp saya x sanggup nak menonton Ombak Rindu walau sbg hiburan krn saya rasa sgt malu buat wanita2 muslim yg terpaksa melanggar perintah Allah terang2an hanya krn mencari keperluan hidup. Saya hanya dpt berdoa mrk terbuka hati dn mendpt hidayah, dn segera bertaubat, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. mungkin ada benarnya kata-kata Ustaz..lagipun filem Malaysia ni tak sampai lagi tahap tu,.

    jom terjah!

    LATEST ENTRY : Lebih 20 Kesilapan Filem Ombak Rindu Yang Tidak Disedari Penonton

    ReplyDelete